Hasbul Zulkarnain Letak Jawatan PAFA

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan meletak jawatannya yang baru disandangnya sejak Julai 2018 lalu.

Hasnul membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat Exco Eksekutif Pafa yang diadakan hari ini.

Beliau berkata tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak atas keputusannya itu.

“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga serba sedikit disebabkan desakan daripada penyokong,” katanya, lapor Astro Awani.

Hasnul juga dipetik Astro Awani berkata beliau akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan itu dalam masa terdekat.

Beliau yang juga exco Perak dan Adun Titi Serong itu menang tanpa bertanding jawatan presiden pada Kongres Pafa ke-60 bagi sesi 2018-2021.

Hasnul menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments