Memang Patut Dibatalkan..

Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini mengumumkan forum Polemik Kehadiran Masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu: Migrasi atau Imigran yang mengundang kontroversi dibatalkan.

Program ini batal,” kata laman Facebook rasmi Atma tanpa menjelaskan sebab-sebab pembatalan itu.

Pengumuman dibuat selepas beberapa jam sebuah pertubuhan politik, Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) berkata penganjuran program itu “memalukan” kerana Malaysia Baharu sepatutnya mengetepikan soal perkauman dan “perkara yang menimbulkan kebencian antara kaum”.

Forum itu yang merupakan sebahagian daripada siri dialog anjuran Atma sepatutnya diadakan pada 14 November ini.

Ia menampilkan 4 panel iaitu Datuk Ahmad Murad Merican dan Nasha Rodziadi Khaw dari Universiti Sains Malaysia (USM), Timbalan Pengarah Atma Zuliskandar Ramli dan penganalisis politik Azharuddin Mohamed Dali dari Universiti Malaya.

FMT

Post a Comment

0 Comments