Kalau Malaysia Buat Macam Tunisia, Mahu Sebulan PAS Buat Demostrasi Kan ?

Parlimen Tunisia kelmarin meluluskan rombakan kabinet yang dicadangkan Perdana Menteri Youssef Chahed ditengah-tengah krisis politik dan ekonomi.

Kelulusan itu dilihat di Tunisia sebagai satu kemenangan buat Chahed ke atas seteru-seteru politiknya, termasuk dalam parti Nidaa Tounes yang dianggotainya, yang mahu dia meletak jawatan kerana kegagalan menghidupkan semula ekonomi.

Youssef Chahed menamakan 10 menteri baharu minggu lepas dalam rombakan kabinet yang diharap boleh menyuntik tenaga baru dalam kerajaannya.

Chahed menamakan seorang ahli perniagaan berketurunan Yahudi, Rene Trabelsi, sebagai menteri pelancongan di negara majoriti Arab Islam.

Beliau daripada minoriti 2,000 Yahudi yang menyertai kabinet sejak Tunisia sejak kemerdekaan negara itu pada 1956.

Penggubal undang-undang meluluskan rombakan tersebut, memberikan sokongan kepada Chahed untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diminta para peminjam.

“Sejak 2 tahun kami bekerja bawah serangan rawak dari kawan-kawan sendiri,” kata Chahed dalam ucapan di parlimen.

“Kami tidak temui sokongan politik untuk melaksanakan reformasi dan melawan rasuah, tetapi penentangan tidak lagi boleh diterima kerana kami mahu kejelasan untuk maju ke depan bagi menghidupkan semula ekonomi dan mengakhiri krisis politik,” katanya.

Perdana menteri terperangkap dalam perbalahan dengan pemimpin partinya, Hafedh Caid Essebi, yang juga anak kepada presiden, yang menuduh Chahed gagal menangani inflasi tinggi, pengangguran dan masalah-masalah lain.

Tuntutan parti itu disokong oleh kesatuan UGTTyang berpengaruh, yang juga menentang rancangan Chahed untuk merombak syarikat-syarikat milik kerajaan yang kerugian.

Pergelutan politik itu meresahkan penyumbang dana yang membantu mengapungkan Tunisia dengan pinjaman untuk reformasi seperti mengecilkan perkhidmatan awam yang terlalu besar.

“Rombakan ini rampasan kuasa terhadap parti yang menang pada pilihan raya 2014…Chahed tidak merujuk cadangan rombakan itu dengan Nidaa Tounes,” kata pegawai parti Sofian Toubel.

Tunisia dipuji kerana transisi demokrasi pada 2011 tetapi negara utara Afrika itu dilanda krisis ekonomi dan serangan militan.

FMT

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete