Petua Atasi Tekanan Darah Tinggi Dengan "Bercinta"


Kita biasa mendengar pepatah seperti cinta itu buta dan indahnya jika jatuh cinta. Kini mungkin ramai yang akan cuba jatuh cinta kerana penyelidikan mendapati ia sebenarnya membantu memperbaiki kesihatan.

Selain mengurangkan tekanan darah, jatuh cinta mengurangkan rasa sakit selain membantu dalam menurunkan kesan disebabkan alahan.

Jatuh cinta dikatakan sebagai aktiviti yang berlaku serentak di 12 lokasi otak, menurut sekumpulan penyelidik di Universiti Western Virginia, California.

Mereka menjelaskan, perubahan berlaku ke atas aktiviti dalam otak selepas kira-kira satu perlima saat apabila seseorang itu 'jatuh hati.'

Beberapa elemen kimia seperti dopamine turut meningkat dalam badan yang membantu menyelaras emosi seperti hormon dopamine dan Oxytocin.

Malah, tentunya yang menarik ialah hormon itu membebaskan tekanan daripada kulit, lapor web akhbar Daily Mail yang memetik penyelidikan berkenaan.

Malah, dengan hanya melihat orang disayang, hormon dopamine meningkat dan ia umpama ubat menghapuskan sakit secara semula jadi.

"Apabila pesakit semakin sembuh dan kami dapat tahu mereka menjalin hubungan intim, mungkin bukan ubat doktor yang memulihkan mereka," kata penyelidik terbabit dalam jurnal PLOS .

Turut menarik perhatian ialah penyelidikan itu menyatakan bahawa berkucupan juga ada faedah tertentu.

Kajian pada 2006 yang disiarkan Jurnal Psychosomatic Research mendapati, berciuman selama 30 minit mengurangkan pengeluaran histamine, satu unsur kimia yang dibebaskan disebabkan alahan tertentu.

Dalam kajian 2013 pula, pasangan yang kerap berkucupan juga mempunyai kadar kolesterol lebih rendah, menurut Jurnal Kesihatan Awam.

Harian Metro

Post a Comment

6 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete