Rentetan daripada kes tersebut, rakan satu flat dengan edi mendedahkan beliau telah dibuang kerja dan menangis akibat perbuatannya. Edi sedih memikirkan nasib anak dan isteri yang perlu ditanggung berikutan isterinya tidak bekerja.
Jika dilihat dari sudut simpati, amat kasihan dengan nasib yang menimpa Edi. Tetapi ia berlaku kerana sikapnya sendiri. Boleh dijadikan pengajaran untuk semua masyarakat di luar sana, tidak salah untuk menegur tetapi biarlah dengan cara berhemah dan bukannya untuk memalukan individu tersebut.
Tetapi isu pekerja 7e yang enggan memegang botol arak dan menjadi viral, tidak pulak menjadi serius seperti ini. Entahlah..
Daripada Thead Tweet fiqsunny | Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. Apabila viral isu berkenaan, saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan.
Tapi harini, saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis, teresak. Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik.
Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak anak.
Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta merta. Isteri tak kerja, Edi Rejang ada anak anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri.
Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia. Saya berani jamin, tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.
Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi Rejang. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi. Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang perkerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain. Saya dimaklumkan Edi Rejang ada jumpa pimpinan. Saya harap, pimpinan berkenaan secepat mungkin selesaikan perkara ini.
Video Permohonan Maaf Edi Rejang :
Edi Rejang - ini permohonan maaf terbuka beliau.— Syfq.Snny (@fiqsunny) November 20, 2018
Kita ajarlah beliau dengan sifat bijaksana kita.
Mohon diserbarkan. pic.twitter.com/pZjGG3TJp5
7 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete