Kenapa Harapan Coin Dijual Sebelum Mendapat Pengesahan BNM, Lavida Coin Pula Diharamkan BNM


"Khalid Samad mengakui dia dan rakan-rakan terlibat dalam projek Harapan Coin."

Bagus. Kita buat ulang kaji sedikit. Pertama, Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan.

Kedua, Khalid Samad dalam video kata Harapan Coin yang rakyat beli :

  1. 30 peratus diberi kepada developer (pemilik skim)
  2. 30 peratus diberi kepada AMANAH
  3. 40 peratus diberi kepada PH

Saya tak habis lagi.


Ingat Lavida Coin?

Setahu saya, Bank Negara telah menyenaraikan 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan. Ini termasuklah pengendali terbitan matawang kripto. Lavida Coin antaranya. Boleh baca di sini >>  Lavida Coin - Berita Harian

Kini, Khalid Samad bersungguh-sungguh mahu Harapan Coin dilaksanakan. Belum pun dapat kelulusan, platform laman web dan penjualan telah aktif beroperasi.


Siapa yang memantau dan mengaudit?

Mengapa Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti tidak mengeluarkan amaran dan siasat dalang di sebalik Harapan Coin? Saya ulang - namakan mereka satu per satu.

Rakyat berhak tahu untuk menilai sendiri dan berwaspada dengan Menteri dan kawan-kawan 30 peratus ini.

Tulisan Najib Razak

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete