Header Ads

MCA Sindir Perkahwinan PAS UMNO - Saya Nak Kahwin Dengan Awak, Tapi Awak Tak Nak

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati semangat perikatan Barisan Nasional apabila membuat tawaran kepada Pas untuk bergabung," kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau berkata Zahid hanya boleh berbuat demikian jika UMNO keluar daripada perikatan Barisan Nasional (BN) dan bergerak sebagai parti bebas.

Namun jika UMNO masih dalam perikatan BN, Zahid perlu menghormati komponen perikatan lain untuk membuat sebarang keputusan.

"MCA dari dulu sangat tegas, dan sekarang lagi tegas. Kalau beliau menjemput parti lawan untuk menyertai BN, Zahid perlu menghormati MCA dan komponen lain dalam BN, katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga menyindir jemputan Zahid ke atas Pas yang mengundang bahan ketawa orang ramai.

"Tolonglah ambil kira juga parti BN lain. Kita memang tegas pendirian dalam hal ini.

"Saya tengok kenyataan Zahid dan reaksi Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jadi itu dah boleh jadi bahan ketawa, umpama 'saya nak kahwin dengan awak, awak tak nak'," ujar Ka Siong.

Pelawaaan Ahmad Zahid dibuat di hadapan Hadi namun presiden Pas tersebut langsung tidak mengulas mengenai perkara tersebut.

Tambah wakil rakyat MCA itu, alasan Ahmad Zahid bergabung dengan Pas atas penyatuan nama Islam juga tidak relevan kerana BN juga dibina atas semangat kebersamaan menyatukan tiga kaum di negara ini.

"Zahid sebagai presiden parti yang tidak ada apa sekarang kena hormati hak komponen parti BN lain.

"Beliau kena ingat, dulu Sammy Vellu pernah berbuat demikian iaitu mahu parti India lain masuk BN tapi kita kata tidak mahu. Zahid hanya boleh buat itu jika UMNO keluar daripada BN," tegasnya.

Astro Awani

No comments