Kes rompakan bersenjata parang panjang di 7 Eleven Jalan Templer, Seremban pada 16/11/18 jam 4 pagi. Pekerja terus ditetak tanpa sebarang amaran. pic.twitter.com/RzaaXH7udJ— MyWatch (@My_CrimeWatch) November 19, 2018
Sadis, untuk mencari sesuap nasi tapi apakan daya tanpa diduga ditengah malam berseorangan. Perompak meluru masuk tanpa menyoal terus menetak pekerja 7e tersebut. 2 3 kali dilihat ditetak diatas kepala. Jika pekerja 7e tersebut mati, dan hukuman mati dimansuhkan. Kemudian perompak pembunuh ditangkap. Apakah kematiannya terbela? Apakah dengan sampah masyarakat (perompak) begini kerajaan mahu membela mereka atas hak asasi bodoh itu.
Diminta kerajaan menegaskan kepada pengusaha 7e untuk mengenakan lockdoor selepas jam 12 tengah malam. Hanya pelanggan yang tidak diragui, tidak memakai topi keledar dan tidak memegang sebarang senjata dibenarkan masuk. Ia boleh dikatakan sebagai langkah keselamatan. Ini bukan kali pertama 7e dirompak, sepatutnya dah ada alternatif defense untuk pekerja.
3 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete