Sindiket Perumahan Awan & Projek Perumahan Rakyat


Kewujudan sindiket penipuan tawaran penyewaan rumah melibatkan Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat mencetuskan kegelisahan umum.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesan kewujudan sindiket penipuan tawaran penyewaan rumah melibatkan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL telah menerima beberapa aduan awam berkenaan pemalsuan surat tawaran penyewaan PA dan PPR berkenaan.

Katanya, ia melibatkan tandatangan palsu pengarah dan pegawai kanan JPKKB DBKL pada surat tawaran penyewaan unit rumah di Kuala Lumpur.

"Pengadu hanya mengesan penipuan itu selepas gagal mendapatkan kunci setelah surat tawaran penyewaan diterima," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Khairul Azmir berkata, aduan terkini yang diterima DBKL menunjukkan aktiviti pemalsuan (scam) itu bergiat aktif di kawasan Lembah Pantai dan sindiket itu telah menipu orang awam antara RM5,000 dan RM8,000 bagi setiap tawaran penyewaan PPR.

"Modus operandi pihak yang melakukan scam itu ialah kononnya mereka ejen yang boleh memastikan pemohon dapat menyewa PA dan PPR seliaan DBKL," katanya sambil menambah sebarang aktiviti atau individu mencurigakan perlu dilaporkan kepada polis.

DBKL, katanya, tidak pernah melantik mana-mana individu atau orang tengah (ejen) perkhidmatan permohonan dan pendaftaran serta apa jua urusan berkaitan tawaran penyewaan dan pembelian PA dan PPR DBKL.

Astro Awani

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete