Dr Asyraf Wajdi - Tidak Sepatutnya Khalid Samad Samakan Mungkir Janji Menifesto Dengan Tindakan Nabi

Tergamak sungguh Pimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) YB Khalid Samad menisbahkan dan menyamakan pemungkiran janji manifesto PH mereka dengan Junjungan Nabi SAW. Hakikatnya Nabi SAW tidak pernah mungkir janji.

Sedarlah bahawa Nabi SAW membuat apa jua tindakan dan keputusan bersandarkan WAHYU, sedangkan manusia membuat tindakan dan keputusan bersandarkan NAFSU. Beradablah dengan Nabi SAW. 

Usahlah terlalu rakus berpolitik sehinggakan mahu diheret Nabi SAW dalam menutupi kelemahan diri dan terus menerus menipu rakyat.

Nabi SAW sendiri dalam hadith yang sahih melarang kita daripada sewenangnya mengaitkan sesuatu tindakan dan ijtihad kita atas nama hukum Allah. Pernah satu ketika Baginda melarang Panglima perang baginda bernama Buraidah untuk tidak menjatuhkan (menamakan) hukum Allah ke atas musuhnya apabila dia mengepung mereka.

Nabi saw bersabda:

فَإِنَّكَ لَا تَدْرِي أَتُصِيبُ فِيهِمْ حُكْمَ اللَّهِ أَمْ لَا؟ وَلَكِنْ أَنْزِلْهُمْ عَلَى حُكْمِكَ وَحُكْمِ أَصْحَابِكَ 

"Maka sesungguhnya kamu tidak mengetahui adakah kamu menepati dengan hukum Allah ataupun tidak ke atas mereka, tetapi jatuhkanlah kepada mereka hukum kamu sendiri dan hukum sahabat-sahabat kamu". (Hadith riwayat at-Tabrani dalam al Mu'jam al Ausat)

Maka renungilah bagaimana Nabi SAW membezakan antara hukum Allah dan hukum panglima perang yang sedang berijtihad. Baginda juga melarang untuk dinamakan hukum orang-orang yang berijtihad sebagai hukum Allah.




Tergamak sungguh Pimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) YB Khalid Samad menisbahkan dan menyamakan pemungkiran janji manifesto PH mereka dengan Junjungan Nabi SAW. Hakikatnya Nabi SAW tidak pernah mungkir janji. Sedarlah bahawa Nabi SAW membuat apa jua tindakan dan keputusan bersandarkan WAHYU, sedangkan manusia membuat tindakan dan keputusan bersandarkan NAFSU. Beradablah dengan Nabi SAW. Usahlah terlalu rakus berpolitik sehinggakan mahu diheret Nabi SAW dalam menutupi kelemahan diri dan terus menerus menipu rakyat. Nabi SAW sendiri dalam hadith yang sahih melarang kita daripada sewenangnya mengaitkan sesuatu tindakan dan ijtihad kita atas nama hukum Allah. Pernah satu ketika Baginda melarang Panglima perang baginda bernama Buraidah untuk tidak menjatuhkan (menamakan) hukum Allah ke atas musuhnya apabila dia mengepung mereka. Nabi saw bersabda: فَإِنَّكَ لَا تَدْرِي أَتُصِيبُ فِيهِمْ حُكْمَ اللَّهِ أَمْ لَا؟ وَلَكِنْ أَنْزِلْهُمْ عَلَى حُكْمِكَ وَحُكْمِ أَصْحَابِكَ "Maka sesungguhnya kamu tidak mengetahui adakah kamu menepati dengan hukum Allah ataupun tidak ke atas mereka, tetapi jatuhkanlah kepada mereka hukum kamu sendiri dan hukum sahabat-sahabat kamu". (Hadith riwayat at-Tabrani dalam al Mu'jam al Ausat) Maka renungilah bagaimana Nabi SAW membezakan antara hukum Allah dan hukum panglima perang yang sedang berijtihad. Baginda juga melarang untuk dinamakan hukum orang-orang yang berijtihad sebagai hukum Allah.
A post shared by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (@drasyrafwajdi) on

Post a Comment

0 Comments