Magis.. Selepas Jual Aset Kepada SPV, TH Tidak Lagi Defisit..

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan berlakunya kejadian ajaib apabila Tabung Haji (TH) tidak lagi mengalami defisit RM4.1 bilion apabila aset itu dipindahkan ke sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV).

Kata Najib, apabila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.

"Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit. Magis," sindirnya menerusi status terbaharu Facebooknya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kita diberitahu secara mengejut bahawa TH mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk empat tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.

Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion dijual kepada sebuah SPV yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.
SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5 peratus setahun untuk tujuh tahun.
Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak bermakna ia hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu. Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit," katanya.

Sinar Harian

Post a Comment

3 Comments

  1. apa lar jibon ni..biasa bila sebut pindahkan aset ni..kita bkn shj pindahkan aset..tp juga dengan liabiliti yang ditanggung...contoh..perniagaan hotel yang tidak menguntungkan..ini yang dikira sbg aset..bila di pindahkan ke SPV..semua untung rugi yang berkaitan dengan perniagaan itu akan dipindahkan ke SPV..kalau perniagaan itu mengalami kerugian..kerugian itu akan dipindahkan kepada SPV..xkan lar mantan Menteri Kewangan x paham..belit duit 1MDB terer pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tu bahlul kena tipu bulat2. . . . BANGANG ! ! !

      Delete
    2. 8:38 yg bodoh.. anon atas ada ilmu dia bagi hujah ilmu.. kau geng bosskur sakit hati takde hujah.. bangangkan org. aku rasa kau tahap SPM gred 3 ni.

      Delete