Kenapa Isu Kuil Kerajaan Tidak Masuk Campur - TMJ

Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail membandingkan kenyataan Mahathir berhubung Pulau Kukup hari ini dengan kenyataannya berkaitan isu tanah Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 29 november lalu.

"Pada 29 November, perdana menteri berkata hal tanah bawah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat tiada hak masuk campur. Dalam isu Pulau Kukup pula, beliau kata kerajaan pusat bukan 'orang luar' dan bertanggungjawab ke atas semua negeri.

"Kenapa kerajaan pusat ingin masuk campur dalam hal tanah di Johor, tapi tidak mahu melakukan perkara sama dalam isu kuil di Selangor?

"Dalam tempoh 12 hari saja, perdana menteri memberi dua kenyataan bercanggah mengenai bidang kuasa kerajan pusat mengenai urusan tanah di negeri berlainan," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir hari ini bahawa kerajaan pusat bukan 'orang luar' dan mahukan Pulau Kukup kekal sebagai hutan simpan paya bakau.

Ia selepas Tunku Ismail menyifatkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar sebagai 'orang luar', justeru tidak masuk campur dalam isu status Pulau Kukup kerana isu tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Pulau Kukup diklasifikasikan sebagai Taman Negara sejak 1997. Pewartaan itu dibatalkan pada 25 Oktober lalu dan ditukar menjadi tanah kesultanan.

Tapak Kuil Sri Maha Mariamman pula milik syarikat One City Development Sdn Bhd.

Tunku Ismail sekali lagi menegaskan Pulau Kukup akan kekal sebagai Taman Negara Johor.

"Sehingga hari ini tiada sesiapa pun yang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangunan di Pulau Kukup.

"Apa sebenarnya isu baru yang perdana menteri ingin sampaikan? Keputusan sama iaitu Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor sudah pun dibuat oleh kerajaan negeri dan diperkenankan Sultan Johor sebelum ini.

"Janganlah memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada isu, demi untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan pusat," katanya lagi.

Malaysiakini

Post a Comment

2 Comments

  1. Apa illiterate ke? Reti tak beza antara private land and state land?

    ReplyDelete
  2. Samseng Kampung Dusun yang bangang abadi.

    ReplyDelete