Gambar sekumpulan pemimpin UMNO bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tular di media sosial adalah tulen.
Perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin. Bagaimanapun gambar berkenaan diambil pada 22 Oktober lalu.
Ceritanya begini. Ia berlaku pada 22 Oktober atas pemintaan watak-watak dalam gambar ini. Perdana Menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.
Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun. Mesti ada di kalangan mereka yang berharap pertemuan dengan Tun Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat. Tetapi mereka silap besar. Pada 15 November Adnan Mansor dituduh di mahkamah kerana rasuah
Menurut A. Kadir, perjumpaan dengan Perdana Menteri adalah perkara biasa, keluar masuk parti juga merupakan perkara biasa. Namun beliau menegaskan jenayah tetap jenayah.
Dalam foto yang tersebar itu menunjukkan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat bersama Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Foto yang tular di laman media sosial itu mendakwa ahli Majlis Tertinggi UMNO menemui Dr. Mahathir baru-baru ini untuk menarik ahli-ahli Parlimen UMNO keluar parti.
Penularan gambar tersebut menimbulkan spekulasi kononnya pemimpin UMNO dedang mengatur strategi untuk menarik ahli-ahli Parlimen UMNO keluar parti.
Difahamkan gambar itu telah dirakam sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan ia adalah jemputan makan malam daripada Dr Mahathir sendiri ke rumahnya.
Utusan
0 Comments