Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, sejak tiga tahun lepas, kira-kira 100 kanak-kanak di kampung itu yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun tidak meneruskan pelajaran masing-masing.
Beliau berkata kini kerana sekolah berdekatan ialah Sekolah Kebangaan (SK) Pasir Linggi yang terletak 100 kilometer dari kampung berkenaan.
Katanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ada menyediakan kenderaan untuk mengambil murid terbabit bagi menghantar mereka ke asrama SK Pasir Linggi, bagaimanapun khidmat JKOA itu ditolak.
Raina berkata kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak mereka tinggal di asrama berikutan umur muda dan belum bersedia menguruskan diri.
Lebih serius lagi, mereka bimbang dengan keselamatan anak-anak yang masih kecil sepanjang tinggal di asrama.
Saya sudah menasihati ibu bapa berhubung perkara itu tetapi mereka tetap berdegil dan mahukan kerajaan membina sekolah di kampung mereka.
Seorang bapa, Sabri Sabtu, 30, berkata, jarak antara rumah mereka dengan sekolah yang terlalu jauh menyukarkan anggota keluarga menjeguk anak-anak mereka yang tinggal di asrama.
Beliau juga berkata, kira-kira 30 pelajar sekolah menengah turut tidak meneruskan persekolahan.
Sekolah menengah terdekat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh yang terletak kira-kira 80 kilometer dari kampung mereka.
Sabri juga berharap pihak sekolah memberi kebenaran pulang hujung minggu lebih kerap kepada anak-anak yang tinggal di asrama berbanding sebulan sekali sekarang.
Saya sendiri ada tiga orang anak, dua daripadanya bersekolah rendah tetapi ketiga-tiga mereka tidak lagi bersekolah kerana tidak mahu mereka tinggal di asrama.
Malaysiakini
0 Comments