Header Ads

AWAS!! INI YANG MUNGKIN AKAN BERLAKU JIKA KERAJAAN ISYTIHAR DARURAT BENCANA DI PASIR GUDANG.



1. Kecoh dalam media sosial, nitizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana.

2. Saya tak tahu sama ada mereka ini benar-benar faham atau tidak apakah kesannya apabila sesuatu perintah darurat itu diisytiharkan oleh Kerajaan?

3. Atau mereka sekadar ikut-ikut orang lain sahaja? Orang lain kutuk kerajaan, mereka pun kutuk sama. Orang lain suruh kerajaan isytihar darurat mereka pun turut tumpang semangkuk, tanpa mengetahui apakah itu darurat bencana dan kesan daripada darurat bencana tersebut.

4. Sukacita saya ingin maklumkan. Semasa banjir besar berlaku di Kelantan pada tahun 2014, kerajaan persekutuan ketika itu pun tidak isytiharkan darurat bencana di sana, sungguhpun bolehlah dikatakan itu antara banjir terbesar yang pernah berlaku di negeri Kelantan yang hampir menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.

5. Saya tak tahu, apa yang seronok sangat dengan darurat ini sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat? Adakah mereka rasa darurat ni macam pesta?

6. Sebenarnya  pengisytiharan darurat bencana ini hanya perlu dilakukan sekiranya kerajaan merasakan mereka perlu membuat suatu tindakan drastik atau mengeluarkan perintah-perintah tertentu dengan segera untuk mengatasi bencana itu.

7. Ini kerana, menurut Arahan MKN No.20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, pengisytiharan darurat bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan ianya akan tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa ketika darurat itu.

8. Ini bermakna, sekiranya darurat diisytiharkan, kerajaan (sila baca Perdana Menteri) boleh membuat atau mengeluarkan, atau menggubal sebarang perintah atau undang-undang yang dipanggil sebagai undang-undang darurat di kawasan yang disytiharkan darurat tersebut, tanpa perlu di bawa ke parlimen untuk diluluskan.

9. Dan secara otomatiknya undang-undang biasa yang terpakai dalam keadaan aman tidak lagi terpakai dalam situasi darurat tersebut sehinggalah pengisytiharan darurat tersebut ditarik balik oleh kerajaan.

10. Antara langkah yang akan dilakukan apabila darurat bencana diisytiharkan ialah pengambilan tanah dan tempat-tempat persendirian seperti rumah atau bangunan persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan atau bilik gerakan tanpa kerajaan perlu membayar apa-apa saguhati atau pampasan kepada pemilik tanah atau bangunan tersebut, atau mengusir mana-mana pihak daripada premisnya untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Dan ketika itu tiada pihak boleh mempertikaikan arahan tersebut.

11. Darurat juga biasanya akan diisytiharkan jika ramai mangsa enggan berpindah dan memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun kediaman mereka tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan berbahaya.

12. Dan apabila darurat berlaku maka setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terutamanya oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), termasuk arahan untuk berpindah dan juga arahan untuk menggunakan aset-aset yang lain wajib dipatuhi.

13. Dalam tempoh darurat itu juga kerajaan persekutuan boleh  mengarahkan dan memberi kuasa penuh kepada semua ejensi di bawahnya termasuklah tentera, bomba dan penyelamat, polis dan lain-lain untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu termasuklah mengambil alih kawasan yang diisytiharkan darurat tersebut dan sebagainya. Dan sekali lagi perlu diingatkan, semasa tempoh darurat tersebut tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan apa sahaja arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan mahupun ejensi-ejensi yang telah diturunkan kuasa kepadanya. Ini bertujuan untuk memastikan langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan berkesan.

14. Saya yakin kalau rakyat tahu betapa teruknya situasi dan kesan jika sesuatu darurat bencana itu disiytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan suasana panik dan kelam kabut yang keterlaluan dalam negara kita, tetapi akan memberi kesan negatif dan tidak baik kepada pelabur luar. Nanti akan ada pula yang kata kerajaan persekutuan ini zalim kerana isytiharkan darurat. Sedangkan dahulu mereka yang beriya-iya suruh kerajaan isytiharkan darurat.

15. Melihatkan jaminan dan langkah-langkah drastik yang telah diberikan dan diambil oleh kerajaan persekutuan setakat ini, saya fikir buat masa sekarang, tidak perlu dan dan tidak terdesak pun undang-undang darurat diisytiharkan di Pasir Gudang, memandangkan ejensi-ejensi kerajaan pun telah dikerahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di sana dan semuanya dilaporkan dalam keadaan terkawal.

16. Tambahan pula kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan untuk mengatasi bencana tersebut. Dan bantuan pun masih dapat disalurkan dengan baik setakat ini.

17. Oleh sebab itu saya fikir tidak ada keperluan pun untuk kerajaan mengisytiharkan darurat pada ketika ini.

18. Dan Parlimen Malaysia pun semalam telah membahaskan usul tergempar bagi membincangkan sama ada perlu atau tidak darurat bencana diisytiharkan di sana. Dan ahli parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang pun telah memberikan hujah masing masing. Justeru berdasarkan hujah-hujah itulah kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di sana.

19. Kesimpulannya, sebelum anda melontarkan kutukan atau kritikan bersifat emosional berdasarkan sentimen politik semata-mata eloklah anda dapatkan maklumat dan info yang tepat tentang perkara tersebut. Jangan hanya ikut orang sahaja.

20. Selain usaha yang telah dilakukan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga-moga saudara saudara kita di sana diberi perlindungan dan diselamatkan oleh Allah dan bencana ini dapat di atasi dan berakhir dengan segera. Insya Allah.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

6 comments:

  1. Yang meroyan sebut darurat itu hanyalah pihak yang sengaja nak memberi wajah buruk kepada kerajaan PH. Sebahagiannya tak tahu apa-apapun, sebalik bertindak maca mereka pakar undang-undang.

    ReplyDelete
  2. Wajah dah semakin buruk krn kuat kencing...

    ReplyDelete
  3. Ini peguam PARIA KULIT BABI betul!!! POLITIK lebih penting dr. NYAWA beribu mangsa ISLAM/MELAYU, nak bandingkan dgn. BANJIR sdgkan GAS BERACUN ni bukan kan mEMBUNUH skrg, tapi kesan JANGKA PANJANG spt. KANSER, KEMANDULAN, OTAK ROSAK, melahirkan ANAK2 CACAT dsbnya!! BABI lu si salkuk BANGKAI BABI!!!

    HARAM JADAH betul! MB JOHOR dan si sadiq HOMO tu, masih nak adakan PESTA "FUNFEST" walau GENOSID terhadap BERIBU2 anak2 kecil/remaja dan lain2 rakyat termsk. org2 kpg, pekerja2 perubatan dan pekerja2 kilang dr. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita kat PASIR GUDANG?!! Sementara MB HARAM JADAH ni boleh pula lari ke BATAM?!! Dan mana juga suara si sadiq HOMO ni terhdp. BENCANA ni - tapi bukan main ghairah, asyik nak bela PENJENAYAH2 LELAKI dr. PENJA-RA2/RUMAH2 AKHLAK JUVENIL, pelik betul!!

    Ini mmg. GENOSID, utk. MEMBUNUH seramai bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita, disyaki oleh EJEN2 PEMBUN-UH/PENGGANAS DAPenjajah Homo jijik ZIONIS ISrael - sbb. GAS BERACUN ini telah diDEDAHkan oleh adik pakar KIMIA kita ni, Zulkhairie Khodir amat BERANI kita - sbg. gas Cyanide, yg. lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar, yg. digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918 dan kemudian pada Perang Dunia II, digunakan pula oleh pihak Nazi Jerman untuk melancarkan pembunuhan manusia beramai ramai (Genocide), yang dipanggil Final Solution! Dan SEBENAQnya puak NAZI ni bekerjasama dgn. puak ZIONIS utk. MEMBUNUH bukan shj. pengikut Yahudi Eropah MISKIN yg. BUKAN Zionis, tetapi juga terutamanya hampir BERPULUH JUTA penganut KATOLIK Eropah, terutamanya di RUSSIA!!

    Dan diterangkan lagi oleh Zulkhairie, sifat gas Cyanide ini pula, akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan, dan kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang, yg. boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer)! Bayangkan juga bagaimana nasib bayi2 bangsa ORANG ASAL islam/Melayu kita yg. akan lahir dr. MANGSA2 ni!! Lihat artikel amat BERNAS dr. Zulkhairie ni, di

    1. https://www.abuleman.com/2019/03/keluar-segera-dari-pasir-gudang-toksik.html

    Sbb. amat TAK logik, TAK buat EVAKUASI, pengISYTIHARAN DARURAT (walaupun dah hampir 5000 mangsa skrg.), dan mulanya boleh pula diBIAQkan sj TONG2 KIMIA TOKSIK ni, dlm. SUNGAI KIM KIM tu, sementara SEKOLAH2 KE-BANGSAAN/AGAMA dibuka semula pula tu - kononnya sbb. KOS TINGGI dan TOKSIK2 KIMIA ni dah TAK aktif, dan juga sbb. si BETINA jijah bangsat nak KAJI dulu!!! CELAKA betul PENIPUAN dan PENGANIAYAAN pd. bangsa ORANG ASAL Is-lam/Melayu kita ni!! Lihat di -

    2. https://www.abuleman.com/2019/03/toksik-boleh-darurat-kena-kaji-dulu.html; dan di

    3. https://www.abuleman.com/2019/03/ph-tak-bersih-sisa-toksik-kerana-kos-tinggi.html

    Kalau ini kawasan yg. MAJORITI, bangsa PENDATANG2 PARIA/CINA, cthnya kat TANJUNG di PP - tentu TAK kan diBIAQ bangsa2 PENDATANG ni diANIAYA dan diTIPU habis2an mcm. ni!!!! Patutnya diTANGKAP si Menteri PENDATANG CINA KULIT BABI DAP BANGKAI ANJING Homo jijik ZIONIS ISrael dr. Kem. ALAM SEKITAR tu - sbb. cara BENCANA amat SERIUS ni diTANGANI, amat TAK LOGIK dan PENIPU habis2an!! Patut juga diSAMAN secara berkumpulan, Menteri CINA BABI DAP BANGKAI BABI ni, MB Johor BANGANG dan REJIM PH KULIT BABI PENIPU HARAM JADAH ni, oleh MANGSA2 bencana amat KEJAM ni!!

    Tok Terkedu.

    ReplyDelete
  4. Susah nak buat keputusan ni sebenarnya.

    Kalau perintah berkurung mungkin ok sikit kerana udara tercemar juga beri kesan kepada peniaga. Pasir Gudang kawasan industri. Ramai pekerja. Masa makan kena makan. Kedai kena tutup ke? Kalau tak kerja pula; ada industri akan lumpuh.

    Ada pandangan lebih kepada perundangan. Ada pandangan lebih kepada politik. Ada pandangan lebih kepada sosial. Kena kaji semua dan pilih yang terbaik.

    Syarikat insurans nyawa biasanya tak terima mereka yang bekerja berlatar belakang bahan kimia untuk beli insurans kerana jangka hayat hidup serta kesan dari jenis kerja agak awal. Syarikat insurans takut rugi. Contoh pekerja spray kereta; pekerja kilang cat; dan yang sewaktu dengannya.

    Mangsa di kawasan Pasir Gudang ini saya fikir akan terkesan selepas 10-15 tahun akan datang... Sekarang nampak ok je lah

    ReplyDelete