Penghapusan "Orang Tengah" ...................

Usaha menangani manipulasi orang tengah dalam pemasaran hasil laut yang menjejaskan mata pencarian nelayan berupaya dilaksanakan menerusi tiga kaedah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, menjelaskan ia merangkumi penekanan terhadap aspek penguatkuasaan menerusi bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, kaedah kedua ialah menghapuskan orang tengah yang memanipulasi rantaian pemasaran hasil laut dari jeti sebelum tiba ke tempat penjualan.

“Kaedah ketiga pula menggunakan teknologi baharu untuk mengubah mekanisme rantaian pembekalan hasil laut yang ketika ini majoritinya dijalankan mengikut acuan lama,” 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang membangkitkan usaha kerajaan mengatasi manipulasi orang tengah dalam pemasaran hasil laut bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan.

Tze Tzin berkata, pendekatan menerusi acuan lama dalam mengendalikan pemasaran hasil laut menyaksikan tangkapan nelayan dijual di kedai, sekali gus membuka ruang orang tengah mengaut keuntungan mudah.

“Dulu kita beli barang (hasil laut) di kedai, tetapi sekarang semuanya menerusi dalam talian, justeru ia akan mengurangkan (lonjakan) harga (angkara manipulasi orang tengah.
“Oleh itu, Jemaah Menteri pada 29 Mac lalu bersetuju supaya empat kementerian iaitu KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Wilayah Persekutuan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Penguasaan Pasaran oleh Pendatang Asing.
“Usaha ini bagi memecahkan monopoli warga asing terutama pendatang tanpa izin dalam rantaian urus niaga di peringkat borong, runcit dan pengguna yang turut menjadi antara punca kenaikan harga hasil laut,” katanya.

BH

Post a Comment

1 Comments

  1. #Daddykasi tu tak kira org tengah ker??!!!!

    ReplyDelete