Isu kuota Matrikulasi: Bertegas dengan mereka yang persoal keputusan Kabinet
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang juga Naib Presiden AMANAH dan Mahasiswa AMANAH Nasional sudah menyatakan pendirian menyokong Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung isu kuota bagi program matrikulasi.
Sayap-sayap Pemuda AMANAH setakat ini dari empat negeri iaitu Perak, Terengganu, Perlis dan Wilayah Persekutuan juga sudah bersuara termasuk menyeru provokasi mempersoal isu kuoata matrikulasi dihentikan.
Dr Maszlee, YB tidak bersendirian dalam isu yang nampaknya mengundang amarah golongan rasis, ultra kiasu dan cauvinis merentas parti politik. Mereka nampaknya memusuhi kepentingan nasional lantaran masih berkiblatkan negara, bahasa dan kebudayaan asing. Sudahlah lebih 60 tahun enggan berasimilasi dan bahasa kebangsaan pun gagal dikuasai, kini memaksa kerajaan pula untuk tunduk kepada kemahuan mereka. Kan, provokasi, namanya?
Serangan dan cercaan termasuk menggunakan bahasa Cina dengan memanggil Dr Maszlee sebagai bodoh oleh rakan parti pemerintah sendiri jelas sudah melampaui batas.
Paling menakutkan, kita tidak tahu apa pula naratif 'superior' dan hasutan membenci yang sedang diapi-apikan dalam media bukan berbahasa kebangsaan.
Hakikatnya, kerajaan Pakatan Harapan sedang berdepan dengan ancaman ekstremis dan pelampau kaum dari dalam sendiri yang tidak sudah-sudah menggegar tiang-tiang Perlembagaan tanah air. Patut fokus untuk kepentingan rakyat terutama menangani isu ekonomi.
Jadi, bertegaslah untuk mendisiplinkan mereka agar tahu untuk menghormati apa yang dipanggil kontrak sosial serta insaf diri menyedari tidak semua dituntut boleh dengan mudah diperolehi lantaran kita semua hidup berkongsi.
Demi keamanan masyarakat berbilang kaum dan integrasi nasional, semua kaum mesti jujur untuk fokus kepada usaha mengukuhkan pendidikan kebangsaan bukan asyik bercakap tentang kepentingan kaum sahaja.
Arif Atan
0 Comments