MenHen Mebuat Tuduhan Liar Lagi


MenHEN mebuat tuduhan liar lagi.

Tak henti-henti Kit Siang kerja untuk membela anaknya yang sering terkantoi dalam penipuan mereka.

Hari ini, dia tuduh saya dan Jho Low sedang menggunakan pasukan cyberrooper untuk cuba mengalihkan perhatian Rakyat dari 1MDB kepada isu-isu lain.

Padahal, sesiapa yang membaca hantaran-hantaran di FB saya tahu saya sering menimbulkan dan menjelaskan isu 1MDB supaya Rakyat faham.

(Yang nak main sorok-sorok sebenarnya Guan Eng dan babanya tentang kes Banglo dan Terowong ajaib).

Kit Siang dakwa isu-isu yang ditimbulkan oleh "cybertrooper" saya untuk mengalihkan perhatian Rakyat adalah langsung tak betul.

Dia kata isu PH tak memenuhi manifesto adalah tidak benar.

Kit Siang dakwa tuduhan bahawa kerajaan PH telah gagal mengawal negara dan ekonomi juga adalah palsu.

Dia menafikan bahawa DAP menguasai kerjaan PH.

Dan dia kata ianya tidak benar bahawa Rakyat sudah muak dengan alasan 1MDB.

Dia kata Rakyat mahu dengar lebih banyak tuduhan PH tentang 1MDB.

Benar atau palsu, rakyat boleh menilai.

Tapi jika MenHEN masih manu menafikan, siapa kita untuk menghalang dia?

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/20/how-najib-and-jho-low-are-diverting-attention-away-from-1mdb-according-to-k/1754640

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments