Ni dah tahap tenat nak cari modal politik ni. Benda boleh politik, buat apa cari solusi. Macam tu lah ibaratnya. Giant nak tutup, rasanya bukan isu baru. Isunya giant tidak mampu bersaing, simple. Bukan ni kali pertama giant ditutup. Kami rasa di tempat lain sudah ada giant ditutup.

NajibRazak | Sudah berapa Giant ditutup sejak PH ambil alih?

Saya dengar Giant Mahkota Parade bulan lepas.

Hari ini pula saya terima Whatsapp.

Giant cawangan di Shah Alam Seksyen 18 tutup pula.

Saya difahamkan bukan perniagaan Giant saja terjejas teruk.

Banyak lagi perniagaan lain yang terpaksa tutup kedai dan staf kehilangan pekerjaan.

Kenapa?

Akibat ekonomi yang lembab bawah pengurusan Lim Guan Eng hari ini.