Isu Semburit Tidak Dibenarkan.... Okey....

Ahli Parlimen hari ini diberi amaran agar tidak membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks sejenis melibatkan seorang menteri dalam sidang Parlimen akan datang.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata ia bertentangan dengan peraturan Parlimen bagi membangkitkan atau membincangkan isu yang masih disiasat polis.

“Isu-isu seperti itu tidak boleh dibangkitkan semasa sidang Parlimen kerana ia boleh menjejaskan proses siasatan.
“Ia adalah tidak matang bagi memikirkan untuk membangkitkannya (isu itu),” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Parlimen Parlimen Asean ke-10, hari ini.

Ia susulan pendedahan menggemparkan pemimpin Pemuda PKR Haziq Aziz minggu lalu bahawa beliau merupakan salah seorang daripada 2 individu yang dirakam mengadakan hubungan seks sejenis.

Haziq juga menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali sebagai orang ke-2 dalam klip itu yang tersebar di media sosial. Azmin menafi keras dakwaan tersebut dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang.

Ariff berkata adalah lebih baik membiarkan pihak berkuasa menyiasat isu itu.

“Akan ada unsur prasangka, dan kita tidak akan membenarkannya,” katanya.

Beliau juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang menimbulkan isu itu mengikut peraturan Parlimen.

FMT

Post a Comment

7 Comments

  1. Ringkasnya yg terlibat dengan semburit adalah agen perubahan. Malaysia baru.

    ReplyDelete
  2. Lokman Lobak dan the gang musti kuciwa.

    ReplyDelete
  3. Bosan La isu seks ni.. Cari la isu lain kalau nak jatuhkan org sgt. Muak la dengar, isu cam ni boleh Dengar je. Percaya jgn. Cari la isu salah guna kuasa. TU yg perlu disingkirkan.. Kalau betul Dia tak bermoral, Dia tak nak letak jawatan, kita jatuhkan pada pru nanti. Jgn terlalu percaya, Takut fitnah, nak Tanggung dosa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni, bila IGP nk sahkan kes ni. Lama betul siasat kes ni.

      Delete
  4. Replies
    1. Agk2 ada sepanduk semburit tak

      Delete