Pemberian Tender Projek Bernilai RM27.1 Juta.... Wow!

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob dan seorang exco kerajaan negeri disepina susulan perbicaraan kes saman Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terhadap Pengerusi PH Kelantan, Senator Husam Musa.

Sepina tersebut dikemukan Husam bagi membolehkan Ahmad dan Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Keusahawanan, Hanifa Ahmad turut tampil memberi keterangan.

Husam ketika dihubungi Malaysiakini berkata, perbicaraan kes tersebut akan bermula hari ini hingga 19 Jun 2019 di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

"Saya mengemukakan sepina ini supaya kedua-dua mereka dapat hadir memberi keterangan dalam kes ini.
"Saya harap menteri besar dan Hanifa akan hadir. Kita dapat lihat macam mana menteri besar Kelantan bercakap di mahkamah nanti, " katanya.

Terdahulu, pada Mei 2018 AKSB mengambil tindakan menyaman Husam yang juga naib presiden Amanah berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu.

Dalam satu pendedahan sebelum ini Husam mendakwa wujud ketidaktelusan dalam kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II.

Husam yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor pada 5 Mac tahun lalu menggesa penjelasan kerajaan negeri berhubung pemberian tender projek bernilai RM27.1 juta itu.

Menurutnya, surat tawaran tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV pada 22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sedangkan katanya, Cdah Construction Jangka Prestasi JV hanya didaftarkan pada 9 Mac 2015.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Ubaidillah Alis menyatakan bosnya tidak akan hadir ke mahkamah dalam perbicaraan kes itu.

"Tak (hadir). Menteri besar tak perlu hadir. Hanya penasihat undang-undang negeri dan AKSB yang terlibat," katanya ringkas.

Sementara itu, Ahmad mengesahkan peguam sudah memohon penolakan sepina tersebut.

"Saya melalui peguam membuat penolakan terhadap sepina tersebut. Memang tidak sepatutnya (disepina), lagipun hari ini ada persidangan DUN (dewan undangan negeri)," katanya ketika ditemui di lobi dewan persidangan Dun Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

MK

Post a Comment

1 Comments