Itu Sekolah Agama Brader.. Yang Sekolah Biasa. Ko Rasa?

Yalah. Kau nak guru itu ini. Pasal kau je tak apply kerja guru tu? Mengajar budak sekolah menengah, lain macam sikit bro. Boleh ajak bergusti kalau murid macam Crow Zero.

Kadang kalau tak tinggi mana, atau sama tinggi dengan budak, atau muka macam budak, memang murid (utamanya sekolah menengah) kurang hormat sikit. Yalah gaji dah lah ciput, lepas tu mengadap pulak budak-budak yang lapar penyepak.

Pernah kat sekolah (agama) aku dulu. Guru tu ajar matematik tambahan dan sains. Tak silap aku lah. Tapi sebab tubuh badan dia kecil, dia selalu tak diendahkan dan aku nampak macam dibuli oleh murid-murid yang berbadan lebih besar. Itu sekolah yang ada agama brader. Sekolah yang tak berapa nak agama macam mana pula?

Kau dengar cakap mak budak tu. Dia cakap kalau guru kena pukul, barulah guru boleh pukul balik. Ini setan ke mak orang ni? Patutnya mak dia yang kena rotan tu. Suruh ketuk ketampi ke jalan itik sebelum balik. Buat anak pandai, jaga anak tak reti, orang didik mengamuk pulak. Takkanlah kau -yang konon tercerah- rilek je kalau guru pulak yang kena pukul? Rotan dengan pukul pun tak boleh beza ke? Kalau ada cikgu yang kena pukul dengan budak-budak sekolah menengah, kau rasa dia nak ke up dekat FB? Jadi ada guru-guru ni dah malas ambik pot pasal budak-budak. Lantak pi lah budak-budak ni nak jadi monyet ke nak jadi kera ke, sebab kalau tersentuh sikit mengadu dekat mak bapak. Kau suka ke kalau guru-guru dah malas ambik pot pasal budak-budak?

Kalau dekat sekolah pun tak dididik patuh pada undang-undang (tak payah nak eksyen tak perlu undang-undanglah, kau keluar rumah pun bawak IC) dekat mana lagi dia nak belajar hormat orang yang lebih tua dan mengaku salah pada salah yang dia buat?

Yalah hukuman sampai berbirat ni, pada zaman sekarang tak berapa nak eloklah. Tapi mak bapak pun tak payahlah cengeng sangat. Tak payah nak lebih-lebih pun. Kau buat salah, kau terima hukuman. Tak payahlah nak kecoh-kecoh, nak viral-viral. Orang nak lawan PH pun tak senang. Sapu ubat, pergi tegur cikgu tu face to face tanpa perlu upload pun boleh kan? Apa jadahlah 1 Malaysia kena tahu pasal anak kau ni?

In defence of guru. Cewah.

Benz Ali

Post a Comment

2 Comments

  1. saya nak menumpang memberikan sedikit pandangan. Saya yang sudah mencapai tahap bakal warga emas dalam beberapa tahun lagi masih jelas terbayang suasana semasa di sekolah rendah pada tahun 60an dulu dan menduduki SPM pada penghujung tahun 70an bagaimana suasana amat jauh berbeza, mungkin kerana kami orang-orang kampung suasana tak la agresif sangat berbanding dengan budak-budak bandar (setelah saya memasuki sekolah menengah) kami terasa agak rendah diri kerana kami dari keluarga yang kurang berkemampuan berbelanja pun ala kadar jer. Namun pada ketika tu kes -kes buli, biadap terhadap guru amat terpencil kerana kami masih hormat dan takutkan guru-guru (malah ada yang terlalu sayangkan guru seperti mana ada guru-guru yang amat menyayangi kami). Mungkin tidak keterlaluan kejayaan kami pada ketika ini adalah natijah dari doa ibu bapa dan guru-guru kami.
    Namun apa pun, suasana kehidupan masa kini terlalu jauh berbeza, buktinya anak-anak dan cucu-cucu saya memiliki sikap dan mentaliti yang jauh berbeza dengan saya dan isteri saya. Cuma sehingga kini dan selagi ada nyawa Allah kurniakan kepada kami kami akan terus dan terus berdoa untuk kesejahteraan umat islam lebih-lebih lagi zuriat keturunan anak-anak/ anak anak angkat/teman/jiran/sahabat seluruhnya. Namun sebagai orang tua kami sedih bila hal-hal yang menyentuh jiwa tertimpa kepada orang islam mahupun orang bukan islam sebab kejiranan kami terdiri daripada berbagai kaum dan kami saling menjaga dan melindungi satu sama lain, sekiranya orang lain disakiti kami turut terasa kepedihannya.

    ReplyDelete