Diperintah Bayar RM50K


Naib Presiden Amanah Husam Musa menang kes saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini.

Saman itu berkenaan kenyataan di laman Facebook Wan Zawawi dua tahun lalu yang mendakwa Amanah Kelantan menerima dana daripada DAP untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika membaca keputusan berkata Husam selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan memenuhi kriteria kes fitnah.

Beliau memerintahkan Wan Zawawi membayar ganti rugi dengan jumlah yang akan diputuskan mahkamah nanti.

Selain itu, beliau turut mengarahkan defendan menarik balik artikel berkenaan, menyiarkan permohonan maaf di akhbar nasional selama sehari dan membayar kos perbicaraan berjumlah RM50,000.

Husam memfailkan saman tersebut pada 12 September 2017.

Menurut pernyataan tuntutan saman itu, kenyataan itu disiarkan di laman Facebook Wan Zawawi pada 8 Jun 2017 dengan tajuk "Betulkah Koon Yew Yin Memberi Derma Untuk Amanah (PAN) Jatuhkan Kerajaan Islam PAS Kelantan?".

Sementara itu, mahkamah juga mengeluarkan perintah tegahan (injunksi) terhadap Wan Zawawi agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Husam.

Husam diwakili Tetuan Hisham Fauzi & Associates dengan peguam Alawi Abdul Rashid, Norazham Yahaya dan Rusilawati Zakaria manakala Zawawi diwakili oleh Tetuan Rithauddeen & Aziz dengan peguam Rizwani Adam dan Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi.

Husam Musa

Post a Comment

2 Comments

  1. Rm 50K tu cuma kos perbicaraan. Denda krn fitnah belum ditetapkan. Aku setuju jg dgn pendapat yg pesalah fitnah(pemfitnah) selain didenda patut turut dihukum penjara. Lain kali jk dia gatal nak fitnah lg baru dia akan fikir dua kali. Ramai sgt org islam kononnya warak tp kaki fitnah

    ReplyDelete