Tahukah Anda! FastFood Penyebab Kuantiti Sperma Berkurang!!


Makanan segera atau makanan ringan seperti pizza, kentang goreng, soda dan lain-lain seumpamanya seringkali dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser, penyakit jantung, malah masalah kesuburan.
Namun, benarkah banyak makan “fast food” di usia remaja mempengaruhi kesuburan di usia dewasa apabila ia dikatakan merosakkan sperma?

Menurut kaji selidik dari Harvard University, lelaki muda yang pola pemakanannya banyak mengambil makanan segera cenderung memiliki jumlah sperma lebih sedikit. Mereka juga memiliki lebih sedikit indikator fungsi kesihatan sperma.

Ini berbeza dengan remaja yang menerapkan pola pemakanan seimbang dengan juga mengambil ikan, ayam, sayur, buah dan minum banyak air yang cenderung memiliki sperma yang lebih banyak.

Para pengkaji membuat kesimpulan tentang perkara ini setelah mempelajari pola makan, kualiti sperma, dan penghasilan semula hormon daripada sekitar 3,000 remaja yang telah lulus ujian kesuburan.

Hasilnya kemudian dibentangkan ketika acara tahunan European Society of Human Reproduction and Embryology baru-baru ini.


Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Doktor urologi di NYU Langone Health, Bobby Najari menghuraikan penjelasannya.

Katanya, kajian ini menyokong penemuannya sebelum ini yang menyatakan, pola pengambilan makanan segera kerap dikaitkan dengan kualiti sperma yang buruk.

“Saya rasa kajian tersebut menguatkan banyak perkara yang pernah saya sampaikan kepada para pesakit,” kata Najari.

Remaja lelaki yang prihatin dengan kualiti dan kuantiti spermanya serta kesihatan diri secara umum disarankan untuk mengambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan daging tanpa lemak.

Bagaimanapun kajian tersebut tidak mengindikasikan bahawa pengambilan makanan segera sepanjang usia remaja dapat memberikan kesan kekal.

“Kesan terhadap kajian ini diambil dari satu waktu. Ini bukanlah kajian longitudinal di mana semua perkara diperiksa semula berkali-kali. Saya tidak akan kata ini tidak boleh diubah,” katanya.

Beberapa pakar berteori berkata olahan makanan ringan boleh membunuh sel sertoli yang tidak dapat diganti semula.

Sel sertoli ditemui pada testis dan membantu proses penghasilan sperma.

Namun, Najari berkata kesuburan dan kesihatan sperma sangatlah kompleks sehinggakan kajian ini tidak cukup komprehensif untuk menyokong pandangan bahawa sel sertoli rosak dan tidak dapat diganti.

“Ada perkara yang tidak boleh anda sampaikan kecuali melihat jaringan testikular dari biopsi testikular.

“Informasi tentang kesihatan sel sertoli membuat data ini menjangkau terlalu jauh,” katanya.

Justeru, ia tidak bermaksud anda harus mengurangkan pengambilan makanan segera jika masih ingin memiliki anak.

Terdapat bukti yang mengindikasikan bahawa makanan kaya antioksida, pengambilan alkohol secara sederhana atau tidak sama sekali, serta indeks massa tubuh juga menjadi faktor penting bagi kesihatan sperma.

Ia menegaskan, pola makan secara keseluruhan penting untuk kesihatan sperma.

“Dengan menerapkan pola makan sihat, anda tidak hanya memberikan manfaat untuk diri sendiri, tetapi mengoptimumkan kemungkinan memiliki anak di masa depan,” kata Najari.

“Perubahan memerlukan waktu, namun sudah boleh mula dilakukan,” katanya.

FMT

Post a Comment

0 Comments