Beguk Boleh Menyebabkan Masalah Biji Zakar (Testis) Atau Lebih Serius "Mandul"


Umumnya masyarakat tahu akan penyakit beguk yang sering menyerang sesetengah individu, namun tidak tahu puncanya.

Secara dasar, penyakit beguk ini menyebabkan berlakunya pembengkakkan dan timbul rasa sakit pada kelenjar parotid.

Ia mudah berjangkit, malah virus penyakit beguk boleh merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila orang yang dijangkiti penyakit beguk mengalami batuk atau bersin.

Namun jangan anda mengambil mudah dalam hal ini kerana ia boleh menyebabkan masalah pada biji zakar (testis) sehingga membawa pada masalah yang lebih serius iaitu mandul.

Dr Rushdan Noor berkongsi di laman Facebooknya komplikasi penyakit beguk kepada kesihatan lelaki ataupun wanita.

Cegah lebih sebelum ia menjejaskan kesihatan anda di kemudian hari

  1. Keradangan testis (biji zakar) lelaki, jika serius boleh menyebabkan kemandulan.
  2. Keradangan ovari wanita menyebabkan kemandulan dan MENOPAUS pramatang.
  3. Keradangan dan kerosakan saraf pendengaran menyebabkan PEKAK.
  4. Ibu hamil yang dijangkiti virus mump juga boleh menjangkiti anak di dalam kandungan menyebabkan KEGUGURAN.
  5. Keradangan pankreas (“pancreatitis”)
  6. Keradangan otak dan selaput otak, boleh menyebabkan kematian.


Tidak ada ubat antiviral yang berkesan membunuh virus ini, walaupun majoriti pesakit akan sembuh dengan sendiri.

Jadi pencegahan adalah kaedah terbaik untuk dilakukan.

Vaksin mencegah jangkitan virus terkandung di dalam vaksin MMR yang diberikan kepada anak-anak berusia 9 dan 12 bulan.

Namun mereka yang menerima vaksin masih boleh dijangkiti virus “mump” tetapi jangkitan tidak menyebabkan komplikasi serius berbanding dengan individu yang tidak menerima vaksin.


Post a Comment

0 Comments