Yang Bakal Jadi Mangsa, Confirm Driver Kementerian

Ada ke kenderaan kerajaan saja-saja bawak laju, ataupun bawak laju sebab berlumba. Tak ada kan. Yang pasti mereka bawak laju mesti bersebab, tambah lagi kalau penumpang tu ada mesyuarat penting (melibatkan urusan kerajaan).

Sampaikan saman tahun 1999 ko nak korek. Entah-entah driver tu dah pencen kot. Dari zaman BN dulu, elok jer takde laporan audit ni. Sekarang baru timbul. Apehal brooo

FMT | Ketua audit negara berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai lebih RM200,000 saman tertunggak sejak 10 tahun lalu.

Dalam laporan 2018 yang dikeluarkan hari ini, Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, kementerian itu berhutang RM249,730 untuk 1,210 saman sejak 1999 hingga tahun lalu.

Saman itu dikeluarkan ke atas kenderaan rasmi yang digunakan pegawai kementerian terbabit.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berhutang RM69,585 untuk 333 saman trafik dari 1999 hingga 2018, disusuli Kementerian Belia dan Sukan yang berhutang RM29,250 bagi 135 saman trafik sejak 2006.

“Saman trafik tidak dibayar bagi 13 kementerian berjumlah RM430,000 bagi tempoh 10 tahun.

“Saman trafik itu tidak diselesaikan kerana ketua jabatan berkenaan tidak mengeluarkan surat untuk mengingatkan pemandu atau pengguna kereta.”

Katanya, alasan lain bagi saman tidak bayar ialah ketua jabatan tidak dapat mengesan pemandu terbabit.

Nik Azman berkata, 16 kementerian juga gagal mengemas kini buku log kenderaan mereka.

“Buku itu perlu dikemas kini oleh pemandu bagi setiap perjalanan dan ketika penyelenggaraan kenderaan.

“Ini untuk memastikan tiada penyalahgunaan kenderaan kerajaan.”

Post a Comment

0 Comments