Belum Apa2 BN Dah Nafi Hak 50% Kerusi PAS.. Apa Cerrr Broooo

Pemimpin kanan Umno tampil menafikan laporan kesediaan parti itu untuk menyerahkan kerusi tradisi parti itu kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 melalui formula agihan kerusi 50-50.

Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah meminta pimpinan dan ahli Umno tidak terperangkap dengan apa yang disifatkannya sebagai “permainan politik pihak tertentu”.

“Pimpinan dan ahli Umno di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu.

“Semua ini adalah usaha untuk memecah-belahkan muafakat Umno-PAS yang sedang terjalin baik dan piagamnya akan ditandatangani pada 14 September 2019 ini,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan pula berkata tidak wujud perbincangan atau penetapan kerusi dalam piagam yang akan ditandatangani September nanti itu, sebaliknya hanya akan fokus pada memperkemaskan tata kelola kerjasama yang akan dijalin.

“Kedua-dua parti berasakan bahawa adalah pramatang untuk perkara seperti pembahagian kerusi dibincangkan sekarang," katanya lagi.

Laporan semalam memetik sumber menyebut keputusan pengagihan kerusi itu diambil untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan terkandung dalam piagam kerjasama antara kedua-dua parti.

Pada PRU ke-14 lalu BN bertanding di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut sumber, pemimpin kanan Umno menyatakan kesediaan parti itu untuk mengagihkan kerusi sama banyak untuk ditandingi dalam PRU ke-15 nanti di mana kerusi yang sebelum ini menjadi pertembungan antara Umno dan PAS dalam PRU lalu.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, ia tidak membabitkan kerusi di Sabah dan Sarawak.

MK

Post a Comment

1 Comments

  1. Jarum suntikan memecahbelahkan pakatan satu bangsa akan diteruskan bagi memastikan pakatan tidak berlaku. Jangan benarkan dap menghampiri pemuafakatan baru ini. Kerana perpecahan dalam pas berlaku bila suntikan dap terhadap ahli pas sangat halus sehingga tertubuhnya pan. Ahli pan tidak sedar virus suntikan telah beredar dalam pembuluh darah hingga mereka bertindak memfitnah pemimpin pas dengan pelbagai ragam. Sedangkan isu 90 juta dan 2 juta yg digembar gembur sekadar fitnah yg sangat tinggi degri kepercayaan dan diterima oleh orang awam. Ramai yg lintang pukang meninggalkan pas kerana isu ini. Tetapi terbukti fitnah setelah pas tewas.

    DAP bernyawa dengan fitnah. DAP bernyawa dengan rasis, dan sokongan pan yg khianat kepada ulamak dan melayu. Jangan benarkan makhluq yg bernyawa dengan fitnah dan rasis bermaharajalela. Melayu marhaien harus dibela oleh ulamak dan cerdik pandai melayu.

    ReplyDelete