Sebenarnya, saya juga terhibur dengan cara Mat Sabu berbelit-belit ala kari kepala ikan.

Ini satu contoh.

Bulan Februari lalu, saya dedahkan Hotel Royale Bukit Bintang bertaraf 4 bintang sedang dijual oleh syarikat Boustead milik LTAT kepada sebuah syarikat Singapura.

Tapi Mat Sabu kata tidak benar. Hotel itu tak dijual.

1 Mac 2019: Royale Chulan Bukit Bintang Hotel Has Not Been Sold Off - Defence Ministry
https://www.propertyhunter.com.my/news/2019/03/5992/west-malaysia/royale-chulan-bukit-bintang-hotel-has-not-been-sold-off-defence-ministry

Saya pun memberi bukti bahawa Boustead teleah bersetuju dengan tawaran dari syarikat Singapura tersebut.

Lepas tu, pihak Mat Sabu beri amaran kepada saya untuk henti sebar berita palsu "fake news" bahawa hotel ini akan dijual. Mereka kata belum dijual.

4 Mac 2019: Stop spreading 'fake news' on hotel sale, Defence Ministry tells Najib
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/465714/stop-spreading-fake-news-hotel-sale-defence-ministry-tells-najib

Fake news apa? Saya keluarkan lebih banyak bukti termasuk pengumuman syarikat Singapura itu kepada Bursa Saham Singapura.

Pihak Mat Sabu pun membalas bahawa saya hidup dalam khayalan kerana hotel itu tidak dijual.

11 Mac 2019: Najib lama hidup dalam 'kayangan' - SU akhbar Mat Sabu
https://www.malaysiakini.com/news/467452

Bukan setakat itu sahaja. Pihak Mat Sabu tuduh saya tidak faham.

12 Mac 2019: Najib does not understand sale of Hotel Royale Chulan, says Defence Minister's Office
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/12/najib-does-not-understand-sale-of-hotel-royale-chulan-says-defence-ministers-office/

Sekali lagi, saya tegas ianya dijual dengan merujuk kepada kenyataan syarikat Boustead kepada Bursa Malaysia.

Lalu pihak Boustead pula mengesahkan ini dan mengumumkan mereka akan untung RM92 juta dengan penjualan ini:

15 Mac 2019: Boustead to gain RM92 mln from sale of Royale Chulan Hotel
http://www.bernama.com/en/news.php?id=1705506

Lepas itu, Mat Sabu ditanya tentang isu ini oleh wartawan.

Dia pun terpaksa mengaku hotel memang dijual kepada syarikat Singapura.

Tetapi ianya kerana harga RM197 juta yang ditawar oleh syarikat Singapura itu adalah satu kali ganda lebih berbanding harga pasaran.

11 April 2019: Singapore firm offered 100% higher price
https://www.theedgemarkets.com/article/singapore-firm-offered-100-higher-price

Ye lah tu... Syarikat disenarai Singapura begitu bodoh sehingga nak tawar harga 100% lebih tinggi dari harga pasaran.

Eh...Dulu bukan kata ini fake news? Hingga nak beri amaran untuk saya sebar ke?

Bukan saya dalam khayalan ke? Bukan saya tak faham ke?

Hanya Mat Sabu seorang sahaja yang percaya bahawa sebuah Hotel 4 bintang bintang dengan 400 bilik di Bukit Bintang iaitu tengah-tengah segitiga emas di Kuala Lumpur hanya bernilai RM90 juta.

Raykat pun tak percaya.

Hal elephant lawan elephant, kamu mungkin pakar.

Tapi isu bisness dan korporat, mungkin Mat Sabu kekurangan sedikit.

Najib Razak