Exco Johor U-Turn - Katanya Arahan Pihak Istana

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin bimbang dengan campur tangan istana Johor dalam urusan pentadbiran kerajaan pusat, selepas kerajaan negeri membuat pusingan U terhadap penurunan had umur belia kepada 30 tahun.

“Sebab itu kita harap dalam soal-soal sebegini boleh beri pandangan, tapi tidak sampai satu peringkat dianggap mencampuri urusan-urusan pentadbiran.
“Saya hormati pandangan Tuanku dan Tunku Mahkota, saya pun bukan asing di negeri Johor,” 
“Sebaik mungkin kita nak pastikan segala keputusan yang dibuat ada kebaikan diterima dan tidak disalah anggap ada sebab-sebab tertentu disebabkan campur tangan istana.”

Muhyiddin mengulas tindakan kerajaan Johor membuat pusingan U mengekalkan had umur belia pada usia 40 tahun, selepas bersetuju menurunkan had itu kepada 30 tahun.

Ditanya jika perubahan had umur itu disebabkan arahan Tunku Ismail, Muhyiddin bagaimanapun tidak boleh mengesahkannya.

“Tidak tahu, saya pun baca dari surat khabar, dia kata ini arahan daripada pihak istana, saya tidak tahu ia betul ataupun tidak.

“Tapi itulah, exco buat keputusan u-turn. Saya pun tak tahu betul atau tidak.

“Kalau betul, dia mesti fikir masak-masak dan kalau disebabkan pihak istana, tidak mengapa,” katanya sambil menambah pentadbir Johor perlu menghadap istana untuk membincangkan isu itu sebelum membuat keputusan.

“Pasal Johor negeri bawah Pakatan Harapan, tak boleh sepakat, isu had umur pun tak boleh seragam, tak eloklah nanti.”

Rabu lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 yang antara lain untuk menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun.

RUU itu diluluskan selepas dibahaskan 17 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan hampir 5 jam.


Komen Tun Mahathir

Dr Mahathir Mohamad berkata, terpulang kepada Johor untuk mengekalkan had umur belia di negeri itu.

“Itu adalah masalah kerajaan Johor. Saya tidak bertanggungjawab terhadap perkara itu dan saya tidak dapat menjawabnya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Perdana menteri berkata, Johor perlu mengkaji kesan terhadap keputusannya dan mengapa kerajaan pusat menurunkan had umur belia.

“Kami tidak tahu apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Johor,” katanya sambil menambah keputusan Johor itu ialah isu berbeza.

Beliau berkata, had umur belia itu tiada kaitan dengan cadangan kerajaan mahu menurunkan hak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

FMT

Post a Comment

0 Comments