Isu umur sekali lagi dijadikan isu dan Syed Saddiq menerima sindiran daripada masyakat yang menyatakan mereka sekarang adalah golongan warga emas. Cadangan asal dengan menurunkan had belia daripada 15-40 kepada 15-30 tahun.
Perkara ini telah lama dalam cadangan dan dikatakan akan dibuat implementation oleh BN sendiri (mungkin selepas PRU14).
Tujuan asal adalah supaya golongan muda diberi lebih peluang untuk memimpin golongan belia. Kalau kita lihat perbezaan gaya pemikiran golongan generasi X dan generasi Y juga sudah dapat dijadikan alasan kenapa golongan belia perlu dipimpin oleh mereka yang berumur 30 kebawah.
Tapi pendapat kami, golongan belia should be 15-35. Mereka yang berumur 36 tahun sudah tidak layak untuk diletakkan dalam kategori belia.
Sumber Asal : Utusan
0 Comments