Hutang Negara Naik Lagi RM 4 Billion...


Minggu lepas, hutang negara cecah RM800 bilion.

Minggu ini, naik lagi ke RM804 bilion.

Tambah RM118 bilion berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017 masa BN.

RM196 bilion lagi kita cecah RM1 trilion dengan rasminya.

Sampai pertengahan bulan Julai dah pinjam RM7 bilion dan hanya bayar balik RM1.1 bilion.

Bulan Jun pinjam RM8 bilion tak bayar balik.

Bulan Mei pinjam Rm12 bilion, tak bayar balik apa-apa.

Hutang bon domestik (seperti dalam gambar) campur hutang luar (termasuk bon samurai dan belum kira bon panda) dah cecah RM804 bilion.

Satu alasan tak masuk akal yang saya sering baca dari penyokong PH ialah kerajaan terpaksa pinjam kerana hutang yang Najib tinggalkan.

Oh ye ke?

Cari nak tutup lubang lama ialah dengan gali lubang jauh lebih besar untuk tutup lubang lama ke?

Masa BN, hutang naik tapi dengan kadar lebih rendah banding PH.

Masa BN, walaupun hutang naik tapi rizab PETRONAS naik, aset-aset negara bertambah dan bantuan kepada rakyat naik setiap tahun.

Masa PH, hutang naik dengan kadar jauh lebih tinggi, rizab PETRONAS dijarah sehingga PETRONAS diturunkan taraf, aset-aset negara terus dijual, bantuan dimansuh atau dikurangkan dan janji-janji mereka terus dicapatikan.

Najib Razak

Post a Comment

2 Comments

  1. Buat hutang baru, tp biasiswa melayu makin kurang. Apeke jadahnya.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan bijak, rupanya jahil. Atau masuk poket sendiri. Selagi boleh kaut, kaut. Apa nak kira. Harta malaysia tukar milik, jadi milik ahli politik ph.

    ReplyDelete