Toreh Badan Ini, Dalamnya Darah Daging UMNO - KJ

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pandangan yang dilontarkannya berhubung keputusan kepimpinan Umno adalah demi kebaikan parti.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas hari ini, Khairy berkata demikian sebagai merujuk pandangannya berhubung pelantikan Najib Razak sebagai pengerusi BN.

Memetik baris sajak penyair Indonesia, Khairy berkata:

"Kepada pemimpin parti, janganlah anggap kita sebagai binatang jalang yang dibuang dari kumpulannya.
"Mungkin kami tiada jawatan. Tapi kami bukan pengkhianat yang akan tinggalkan parti yang dan menyeberang ke Pakatan Harapan.
"Yang kami cakap ini hanya untuk kebaikan parti. Kerana kita tidak mahu budaya lama berulang."

Turut berada di pentas, Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang juga merupakan bekas setiausaha agung BN.

Pada 10 Julai lalu, ketika diminta mengulas pelantikan Najib sebagai pengerusi penasihat BN, Khairy berkata dia tidak gembira dengan keputusan itu.

Sementara Nazri menyifatkan pelantikan Najib sebagai langkah ke belakang serta menyifatkan perkembangan tersebut tidak baik buat Umno.

Dalam ucapannya hari ini, Khairy turut berpesan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk tidak mengenepikan teguran dari ahli parti.

"Kita terima beliau (Zahid) kembali menjalankan tugas sebagai presiden. Tapi janganlah mengulangi kesilapan yang lepas.
"Apabila ada teguran, jangan diketepikan. Apabila ada ayat 'yes boss', itu saja menjadi halwa telinga. Kalau itu budaya dalam Umno, PRU15 tiada harapan buat kita.
"Saya dan Nazri, walaupun mulut kita kadang-kadang laser, toreh badan ini, dalamnya darah daging Umno," katanya.

MK

Post a Comment

2 Comments

  1. Sumber Darah daging itu yang penting. Kalau dari sumber yang halal maka bersihlah datah daging tu.kalau dari hasil yang dedak haram maka sendirlilah yang tahu. Jangan terberi kat anak bini keluarga aje sudahlah. Darah umno ke pas pbbm ke tak penting yang pentibg keba bersih halal dan suci.

    ReplyDelete