MenHen Ni, Ini Pun Nak Kena Ajar

"Pemimpin DAP, Lim Kit Siang malam tadi tidak sudi mengulas tentang tanggungjawab kerajaan melaksanakan syor-syor Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang skandal FOREX BNM.

Ketika ditemui di satu majlis rumah terbuka anjuran DAP di Sentul, Lim tersenyum dan menggelengkan kepalanya apabila diajukan soalan itu.

“Ini bukan tempatnya. Ini (majlis) seni dan sastera,” katanya kepada pemberita

Eh! Apa punya alasan ini?

Sepatutnya, MenHEN cuma perlu jawab (a) atau (b) sahaja:

(a) Saya ada integriti dan saya masih waras. Oleh itu saya tidak setuju dengan langkah kerajaan PH menghentikan siasatan ke atas Skandal FOREX BNM yang saya telah mengutarakan lebih dari 10 tahun.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah mengesyorkan tindakan lanjut diambil.

Dengan itu, kita mesti akur.

atau;

(b Saya tak ada integriti dan saya tak waras. Oleh itu, saya setuju kita hentikan siasatan FOREX BNM.

Dana rakyat RM31.5 bilion wang yang lesap itu tak penting dan tiada keperluan untuk siapa-siapa bertanggungjawab.

Dulu saya sekadar hasut Rakyat sahaja.

Sebenarnya saya bukan ambil berat sangat isu ini walaupun saya pernah menulis buku dan membuat ratusan ceramah serta kenyataan media tentang isu ini.

MenHEN, macam inipun nak diajar?

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/02/majlis-seni-bukan-tempat-ulas-isu-forex-kata-kit-siang/

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments