Najib Bising Sama Itu Artikel The Edge


Dua minggu lalu, saya bongkar hutang terus negara dah cecah RM800 bilion.

Kerajaan PH membisu.

Penyokong PH pula kata saya bohong.

Sekarang, media The Edge juga sahkan..

Hutang terus dah cecah RM800 bilion.

Naik RM117 bilion kepada RM804 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017.

Bagaimanapun, The Edge memetik "sumber dalaman" dari kerajaan PH.

Lapor bahawa ini hanya keadaan sementara. Akan turun pada akhir tahun.

Kerana kerajaan sedang cari jalan untuk kurangkan.
(apa lagi? Jual aset negara dan jarah PETRONAS serta BNM lagi lah)

The Edge juga cuba pertahankan kerajaan.

Kata saya betul dengan dakwaan RM800 bilion itu kerana saya lebih faham hutang negara.

Kerana saya juga pernah menaikkan hutang negara.

Mereka kata hutang negara naik dari RM398.6 bilion dari akhir tahun 2008 sehingga tahun akhir bulan Mac tahun 2018.

Perlu dijelaskan bahawa kenaikan ini ialah dalam tempoh 9 1/4 tahun ataupun purata kenaikkan RM43 bilion setahun.

Defisit bajet juga turun untuk 8 tahun berturut-turut.

Tapi PH naikkan hutang negara RM117 bilion itu dalam masa begitu singkat sahaja. Defisit bajet juga jauh lebih tinggi.

RM117 billion itu hampir 3 kali ganda RM43 bilion purata masa BN.

Belum masuk lagi PH angkat RM82 bilion dari PETRONAS.

The Edge tak cerita ini pulak.

Tidak boleh dinafikan hutang naik masa saya PM.

Tapi.
- aset negara bertambah dengan jauh lebih tinggi,
- ekonomi terus berkembang pada kadar yang tinggi,
- kita sering dinaikkan penarafan kredit.
- bantuan rakyat bertambah setiap tahun,
- dividen-dividen tabung dan dana rakyat tinggi,
- pasaran saham menjadi paling tinggi dalam sejarah.

Kini, PH pula naikkan hutang dengan kadar jauh lebih pantas tapi:
- aset-aset negara dijual secara lambak,
- bantuan dipotong ekonomi merudum,
- Petronas dijarah, dividen-dividen tabung dan dana rakyat paling rendah dalam sejarah; dan
- negara sering diturunkan penarafan kredit. Petronas pun terkena.
- pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia.

Yang itu, The Edge tak lapor pulak?

https://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-what-rm800-bil-direct-government-debt-means

NajibRazak

Post a Comment

10 Comments

  1. APA MASALAH Najib SEBENARNYA?
    Sebok Hal kerajaan berhutang?

    Kerajaan Mana Tak berhutang? Senua
    Kerajaan Mana Tak mencuri duit rakyat?
    Hanya segelintir yg curi duit rakyat..
    Siapa? Pemimpin Mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dia patut sibuk cai...
      Dulu waktu dia pegang negara..atok kata hutang negara rm1trillion. Najib cuba sangkal tapi raykat tak peduli dan menerima kata2 atok.
      Skrg apa yg atok kata adalah karut belaka tapi hutang negara pula makin meningkat.
      Utk pulihkan ekonomi atok jual aset2 negara dan ada yg dibeli oleh kroni atok. Bukan dijual dgn cara tender terbuka. Maksudnya atok ambil peluang dgn alasan utk pulihkan ekonomi dgn jual aset sedangkan ada aset yg masih menguntungkan. Begitu juga dgn menjarah wang petronas.
      Nampak gayanya impian atok melihat hutang jadi rm1trillion akan jadi kenyataan.

      Sebagai pembangkang adalah hak najib yg pernah mengetahui selok belok ekonomi negara memaklumkan kpd raykat jelata kebangangan atok dan nobita menjaga ekonomi negara.
      Takkan najib nak membiarkan atok bermaharajalela spt era pm ke4 dulu yg asyik rugi dan hancus dlm pelaburan dan mentadbir ekonomi negara.
      Lagipun kesetiaan atok bukan kpd raykat yg memberi mandat kpdnya tetapi kesetiaan kpd proksi dan kroni yg tamak haloba.
      Jual aset utk pulihkan ekonomi...'alasan' logik atok.
      Pengswastaan spt lebuhraya tolOL utk mengurangkan beban kerajaan tapi perjanjian pula berat sblh dan menyusahkan raykat hingga kini.
      Alasan diwujudkan pgswastaan.

      Rasanya kalau tak ada najib atau mana2 pemimpin pembangkang yg menegur atok rasanya atok akan jadi atok saka.
      Pembangkang yg lemah tidak dpt mengimbangi kuasa kerajaan maka jadilah atok 2x5 dgn pm ke4.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Bertaubatlah najib. Awak akan masuk penjara, insyaAllah, kerana kesalahan yg awak buat. Tapi mungkin tak lama. Jk PH tewas kelak awak mungkin dibebaskan. Bagmn pun Allah lebih tahu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Najib ni dah lah penyamun,bodoh pulak tu. masa Ph hutang bertambah sebab nak bayar balik semua penyelewengan yang najib dan UMNO dah buat sebelum ni. Tambahan 140 billion. Kalau kantong negara dah kering sebab kena lanyak dek penyamun, apa solusinya? Terpaksa berhutanglah, bodoh! Masa Najib berkuasa dulu, dalam sepenggal hutang negara bertambah 100% iaitu dari 400 billion terus melonjak kepada 700billion tak termasuk hutang2 sektor private yang secara sengaja tak dimasukkan kedalam perkiraan hutang negara. Hutang bertambah tapi subsidi rakyat dibuang dan harga barang naik mendadak. Hasil dari kerajaan berhutang pun satu takde yang boleh dilihat. Banyak hutang tapi harta negara banyak tergadai, tak sedar, wei najib! Sabar je lah Najib, Sg Buloh, rumah agam batu menunggu mu! Nyamanlah kamu di sana nanti!

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete