Tuan Penasihat (Najib)... Berapa % ?..?? Hahahaha

Bekas perdana menteri merangkap pengerusi BN, Najib Razak, hari ini dilantik sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu.

Mengumumkan pelantikan tersebut, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh pemimpin parti yang hadir.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu diadakan di Pusat Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Datuk Seri Najib bekas perdana menteri Malaysia dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat malam ini sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN," katanya.

Menurut Tengku Adnan, Najib akan menjalankan tugas membantu BN mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tersebut.

MK

Post a Comment

0 Comments