Yang Berhormat, Janganlah Ganggu TUN M

 Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) bertegas sejak dahulu lagi bahawa menghadkan umur belia kepada 30 tahun menghalang perkembangan potensi diri belia.

Presidennya, Md Salleheen Mohamad berkata, belia dalam lingkungan umur itu paling banyak terlibat dengan agenda pembangunan belia.

"MBNJ ingin menasihatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman agar tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri Johor.

"Negeri Johor mempunyai Menteri Besar, barisan Exco, pegawai tadbir negeri dan badan induk belia yang sentiasa rapat dengan golongan muda ini dan berupaya menentukan jatuh bangunnya belia di negeri Johor.

"Jadi, tidak usahlah Yang Berhormat Menteri terlalu mengganggu tugas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai tugasan lebih utama terhadap negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Md Salleheen berkata, adalah lebih baik untuk Menteri Belia dan Sukan mengutamakan isu lain yang lebih mendesak.

"Ini termasuklah seperti janji tidak tertunai terhadap golongan muda seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), peluang pekerjaan yang mana terutama 400,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, kos sara hidup, perumahan pasangan muda dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum segala perkembangan yang berkaitan dengan belia di negeri Johor.

"Keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri di dalam 48 jam kebelakangan ini menimbulkan keresahan dan kegelisahan di kalangan belia di seluruh negeri Johor," katanya.

SH

Post a Comment

0 Comments