Pertengkaran Berlaku, Lelaki Itu Memukul Girlfriend Dengan Sebatang Besi Di Kepala....

Luahan hasrat wanita warga Indonesia untuk pulang ke kampung halamannya menjadi punca utama dirinya dibunuh teman lelakinya.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kampung Tali Air, di sini, kelmarin, teman lelaki mangsa yang juga adalah warga India telah menghalang niat teman wanita itu

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kemudian berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit sebelum lelaki berkenaan bertindak memukul teman wanitanya itu di kepala dengan menggunakan sebatang besi.

Bagaimanapun laporan bedah siasat mengesahkan pukulan berkenaan tidak menyebabkan kematian mangsa sebaliknya adalah akibat dicekik dan dijerut dengan tali. Setelah mendapati wanita berkenaan mati, lelaki tersebut berkemungkinan menjadi panik dan telah bertindak menggantung diri,.

Azizan berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai selesai.

SH


Post a Comment

0 Comments