Agenda Sabotaj Dalaman PH Merencat Agenda 2030 Negara Maju

AGENDA KEMAKMURAN BERSAMA AKAN DISABOTAJ OLEH PH SENDIRI

Sekiranya isu pertarungan kedudukan kuasa dalam kalangan PH masih berterusan, maka ia akan mensabotaj agenda Kemakmuran Bersama yang diinisiatif oleh YAB Perdana Menteri. Mutakhir ini negara tidak stabil apabila masalah dalaman parti terbesar komponen PH menjadi subjek dominan politik Malaysia. Tambahan pula, terdapat desas desus pertukaran Menteri Besar Selangor yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Bagaimana negara akan terus maju dan membangun sekiranya parti pemerintah sendiri berkecamuk untuk menguruskan masalah dalamannya? Saya beranggapan agenda Kemakmuran Bersama adalah penting dan mesti didokong dengan bersungguh-sungguh. Setelah setahun PH gagal memerintah negara, ini adalah peluang yang terbaik untuk membuktikan mereka mampu menggalas amanah yang diberikan rakyat.

Oleh itu, saya meminta semua parti politik meletakkan prioriti yang betul dan utama untuk membantu YAB Perdana Menteri mentadbir negara hingga pembubaran Parlimen atau akhir penggal tanpa disibukkan dengan isu lain. Perkara ini lebih penting supaya semua pihak terutama sektor swasta kembali yakin dengan kestabilan politik negara. PAS dan UMNO terutamanya bersedia menjadi pembangkang yang konstruktif untuk bersama-sama membangunkan negara.

Hal ini selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong semalam yang mahu kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan usaha menyusun semula rancangan pembangunan negara, meningkatkan prestasi urus tadbir, memerangi rasuah dan mempertahankan keluhuran undang-undang. Jika PH masih terus bercakaran dan bertarung untuk kedudukan kuasa, sudah pasti ia akan merencatkan agenda ke arah negara maju 2030.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
29 Zulkaedah 1440 | 1 Ogos 2019

Post a Comment

5 Comments

  1. Kerosakan dimulakan oleh atok bersama2 proksi dan kroninya yg tamak.
    Jika janji dipegang dan rakyat diutamakan, perbalahan dan perebutan kuasa dlm ph tidak akan berlaku.
    Atok perlu bertanggungjwb sepenuhnya dan jangan asyik menyalahkan org lain. Kemungkinan keuzuran dan setia kpd proksi dan kroni melebihi rakyat maka perancangan asal telah hancur. Janji bukan kitab suci dan penipuan2 yg dilakukan telah mghancurkan harapan rakyat yg telah memberi mandat kpd mrk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah atok dah hijack kerajaan PH? Atok bukan peminat besar reformasi. Dia terpaksa join dgn kumpulan reformasi krn nak hentikan penyamun najib yg dilantik oleh dia juga!! Atok akan tetap pertahankan agenda ketuanan melayu beliau. Sebab itu beliau disenangi dan disokong oleh pas dan umno. Semua komponen PH kena putuskan sama ada nak terus ikut telunjuk atok atau putuskan jalinan yg ada skrg dan bawa hala tuju reformasi tanpa halangan dan gangguan kumpulan parti atok. Ayoh rakan2 PH jgn biarkan sesiapa sj hijack atau sabotaj kerajaan PH.

      Delete
  2. Percayalah...jika suasana politik huru hara maka ekonomi pun turut huru hara.
    Siapa yg ingin melabur di negara ini jika suasana politik dgn kepimpinan yg kurang meyakinkan. Sindrom lama hidup sebagai pembangkang amat menakutkan keyakinan para pelabur dgn tiada sebarang kepastian yg kukuh dpd kerajaan ph. Tiada kata putus yg sama dpd bapak2 menteri.
    Ditambah lagi dgn video semburit dan peralihan kuasa yg bakal tergugat bila ada menteri2 menyokong pengekalan atok sebagai pm. Jelas sokongan tersebut mengurangkan kepercayaan pihak luar dan pelabur asing dgn kewibaan anwar yg bakal menjadi pm.
    Secara tidak langsung berlaku keretakan dan ketidak bolehpercayaan dgn kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  3. Perosak2 negara dan agama bukanlah PH tetapi UMNO dan PAS. Sekarang ni parti pembangang yang tengah mabok kesedihan dan merana sebab tak dapat kuasa dan duit dedak sedang meraung2 kononnya mereka yang dok patut jadi kerajaan. Hakikatnya kerjasama dalam kelambu antara PAS dan UMNO yang cuba khianat kepada orang melayu dan Islam telah digagalkan oleh Allah SWT. Dan orang2 yang gagal ni sebenarnya yang cuba menghuru-harakan negara dengan memainkan sentimen perkauman dan permusuhan agama. Apa yang jelas, malaysia baru memerlukan parti2 politik yang baru.

    Malaysia tak memerlukan parti2 usang yang bersifat rasis dan jumud agama yang menggunakan cara keji dan khianat untuk mendapat kuasa. Insyaallah rakyat Malaysia baru sedar bahawa sudah sampai masa parti2 usang yang keji seperti UMNO dan PAS dibuang kedalam longkang atau ditanam di tapak pembuangan sampah. Adakah rakyat Malaysia mahukan PM dari UMNO seperti Zahid atau dari PAS seperti Hadi??? Sangat kelakar malah ianya merupakan satu malapetaka kepada negara. Zahid yang sudah didakwa atas kesalahan penggubahan wang haram mahu dijadikan PM atau Hadi yang terkenal sebagai kaki ponteng, otak lembab dan kaki putar belit lagi cakap tak serupa bikin sebagai PM? Nauzubillah!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid dah kena jel ker?
      Bagaimana pula dgn nobita??
      Kenapa nobita boleh dilepaskan sedangkan mahdey dah kering liur mencanang anti rasuahnya???
      Dan sebijik lagi...mana pegi hero2 pakatan homo yg berdegar2 nak penjarakan mahdey krn rasuah dan salah guna kuasa???
      Dah mampus ker mrk????
      Hehehe....

      Dan sebijik lagi...parti pgayR ditubuhkan krn nak jatuhkan mahdey.
      Tag team utama pgayR...anwat dan assmin.
      Skrg kenapa pula tag team hebat tu boleh berpecah???
      Dan paling pelik...kenapa mrk pula yg beriya2 angkat mahdey jadi peeM??
      Tambah pelik...seorg kekal sokong dan seorg lagi kekal dgn cita2 sejak 20tahun yg lalu.

      Penghujung cerita...pasumno juga yg dpersalahkan....hehehe

      Delete