Industri Takaful kita.

Harga saham Syarikat Takaful kini jatuh berterusan selepas kerajaan PH memberikan lesen kepada FWD Takaful Bhd untuk mula beroperasi dalam industri Takaful kita minggu lalu.

NOTA: Ada yang kritik ini bukan lesen baru tapi lesen dari HSBC Amanah yang dijual kepada syarikat Hong Kong itu. Tapi kebenaran BNM diperlukan untuk setiap pertukaran permilikan syarikat insurans. 

Isu pokoknya ialah Kerajaan PH telah mengetepikan syarat BNM untuk menghadkan pemilikan asing: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/06/13/malaysia-likely-to-review-foreign-insurance-ownership-directive/ )

Ini berikutan ramai pelabur yang kurang yakin bahawa Syarikat Takaful Malaysia mampu bersaing dengan syarikat FWD yang mempunyai sokongan yang amat kuat.

Syarikat FWD Takaful yang baru dilancar dimilik 49% oleh anak taikun paling kaya di Hong Kong, 31% oleh syarikat Robert Kuok dan 20% oleh KWSP.

Syarikat Takaful Malaysia yang sudah beroperasi lebih dari 30 tahun dimilik oleh Bank Islam manakala Bank Islam pula dimiliki dan dikuasai oleh Tabung Haji.
Malah, Bank Islam merupakan antara pelaburan paling besar bagi Tabung Haji.

Ya, kita memang perlukan pelabur asing tetapi kena jaga juga kepentingan syarikat-syarikat tempatan kita.

Sejak PRU14, Menteri Kewayangan sudah memberi laluan untuk syarikat Great Eastern dari Singapura untuk mengendalikan skim insurans B40 yang digelar MySalam.

Minggu ini pula, BNM telah membenarkan syarikat RHB insurance dijual sepenuhnya kepada syarikat Jepun untuk harga sekitar RM2 bilion.

Saya bimbang bahawa indusri insurans kita akan dikuasai penuh oleh syarikat-syarikat asing.

Najib Razak