Katanya Nak Selamatkan Felda Dari Legasi Tua PM4

Saya telah tulis beberapa kali kenapa FELDA perlu senaraikan FGV pada tahun 2012 dan perlu menampung kerugian untuk tempoh beberapa tahun selepas penyenarian itu.

Iaitu:
1. Untuk menyelesaikan masalah kebanyakan pokok-pokok sawit  FELDA sudah tua dan semakin tua di mana hasil dari pokok tua ini semakin berkurangan sehingga ianya tidak lagi berbuah.

Jika kita tidak menyelesaikan masalah ini, tidak mustahil bahawa FELDA tidak akan wujud lagi pada masa hadapan

2. Untuk menjaga kebajikan peneroka.

Di sini, saya bagi lagi bukti bahawa matlamat ini sedang dicapai.

Bukti ini adalah dari media bisness (bukan propaganda dari BN ataupun dari kerajaan PH).

3 Feb 2018: "FGV’s aggressive replanting bears fruit"
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/02/03/fgvs-aggressive-replanting-bears-fruit

"When FGV was listed in 2012, almost 50% of its palm trees were 21 years old and above – an alarming figure which analysts often highlight to be a big drag on the yield performance of the group’s estates.

However, fast forward to 2018, this long-standing issue is about to change for the better.

FGV is expected to slash the percentage of old trees (21 years and above) to 33% this year and is set to reduce it further to about 25% by 2020."

Peratusan pokok sawit FELDA yang terlalu tua telah turun dari 50% ke 33% pada akhir tahun 2018 dan dijangka terus menurun ke 25% pada tahun 2020.

19 April 2018: FGV seen to achieve ideal palm-tree age profile by 2020

Over the years, FGV’s palm-tree-age profile has improved and currently its average palm-tree age stands at about 14.5 years. We expect FGV to be on track to achieve an ideal palm-tree age profile of 12 years to 13 years by 2020 through an annual replanting programme of about 3% to 6% of its planted land bank.

FGV dijangka akan mencapai tahap optimum untuk purata usia pokok-pokok sawit menjelang tahun 2020.

14 January, 2019: Half of FGV's oil palm trees ‘unacceptably old’ during listing in 2012
https://www.theedgemarkets.com/article/half-fgvs-oil-palm-trees-unacceptably-old-during-listing-2012

When FGV Holdings Bhd was listed in mid-2012, half of the the group’s estates had oil palm trees that were ‘unacceptably old’, said its chairman Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

“However, FGV does not have this luxury as too large a proportion of its estates are over 25 years old. A well-managed company would have 4% of its estates at 25 years and nothing more.

“Since its listing, FGV has committed to replanting the old palm trees on a disciplined replanting schedule. Despite this, we still have approximately 33,000 ha of land with trees that are above 30 years old,” he said.

Pada masa FGV disenaraikan pada tahun 2012, 50% dari pokok sawit mereka sudah terlalu tua iaitu berusia lebih dari 25 tahun.

Purata peratusan pokok tua untuk satu syarikat perladangan sawit yang baik cuma 4 peratus sahaja.

FGV telah banyak melabur dan melaksanakan penamanan semula sejak ianya disenaraikan dan akan terus menyelesaikan masalah pokok tua ini.

Banyak lagi bukti-bukti dari pihak ketiga bahawa masalah pada tahun 2012 itu adalah serious dan langkah penyelesaian sudah bermula sejak tahun 2012 itu.

Niat kita ialah untuk selamatkan FELDA dari masalah legasi pokok tua akibat PM ke-4 tidak cendurung dengan industri perladangan masa itu (dia lebih suka industri kereta dan industri besi) dan nampaknya kita akan berjaya.

Jika kita tidak mula langkah penyelesaian yang kosnya amat tinggi masa itu, FELDA tidak akan wujud pada masa hadapan akibat semua pokok sawit mereka menjadi terlalu tua dan tidak lagi berbuah.

Tetapi ianya diputar belit dan diterbalikkan oleh propaganda PH bahawa kita nak menjahanamkan FELDA pula.

Niat yang baik difitnah oleh PH sebagai jahat pulak.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments