Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata PAS mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut.
Ada sesetengah negeri macam kerajaan negeri Perlis dia ada kekosongan, dia (Perlis) tawarkan kita. Kita hormati hak kerajaan Perlis dan PAS buat keputusan untuk tidak bersama. Tetapi kita menyokong semua polisi kerajaan Perlis dan Pahang, sepertimana mereka menyokong polisi kita di Terengganu dan Kelantan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cabaran Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad agar PAS menerima sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno dalam kerajaan negeri untuk membuktikan keikhlasan mereka.
Menurut Raja Kamarul, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini membenarkan parti yang memiliki kerusi minoriti untuk memegang jawatan sebagai ketua menteri.
Justeru katanya tiada sebab PAS tidak boleh melantik dua ahli Umno sebagai exco negeri tanpa melepaskan kerusi menteri besar.
Muafakat PAS-Umno masih baik
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata permuafakatan kedua-dua parti masih berjalan dengan baik di Kelantan dan Terengganu.
Bagi kita dalam keputusan PRU14, rakyat dah beri mandat dan kita setuju Umno dan PAS jadi satu pasukan, (Umno) bukan pembangkang walau tak terlibat secara langsung, kata anggota parlimen Kubang Kerian itu.
Tambahnya, meskipun pemimpin Umno tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan namun mereka terlibat dalam beberapa agensi di bawah kerajaan negeri.
Hingga setakat ini, dari segi kerajaan, mereka tidak masuk secara terus tapi mereka terlibat dalam beberapa agensi bawah kerajaan negeri. Buat masa ini penglibatan mereka sangat baik, katanya.
Malaysiakini
0 Comments