Ko Luahkan Banyak2 Takpe, Senang Rakyat Buat Pemutihan PRU15 Ni..

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap artikel bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama - Ramasamy' dan 'Who Am I, terorist atau pendamai' yang disiarkan dalam portal tempatan.

Ramasamy tiba pada jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih dan ditemani peguamnya, K Ragunath.

Menurutnya, beliau berharap dan tidak rasa bahawa siasatan polis itu membabitkan campur tangan politik.

Saya datang bagi membantu siasatan berhubung siasatan polis terhadap dua artikel berkenaan yang sebelum ini disiar dua portal berita.
Bagi saya, polis ada hak untuk mengambil keterangan dan saya pula ada hak untuk meluahkan pendapat kerana sebagai warganegara Malaysia, sesiapa pun berhak menulis atau berucap mengenai isu yang berlaku dan terpulang kepada polis untuk menganggap sama ada isu atau perkara dibangkitkannya yang disiarkan portal berita adalah bertentangan dengan undang-undang, katanya ketika ditemui di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, bahawa beliau terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan tiga perompak lelaki berbangsa India dari Batu Caves hingga ke Batu Arang yang berlaku 14 September lalu.

Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Prai juga tertanya-tanya dengan insiden itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Terdahulu dalam kejadian jam 5 pagi pada 14 September lalu polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah rumah di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor.

Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments