Menurut Azmin Ali, kerajaan masih menggunakan kaedah pembayaran lama untuk membayar royalti minyak kepada kepada kerajaan negeri yang menjadi negeri pengeluar minyak.
Dia berkata kaedah pembayaran royalti minyak terbaharu membabitkan pemulangan nilai 20 peratus daripada keseluruhan hasil minyak negeri masih dalam perbincangan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kaedah pembayaran royalti minyak cara lama kali ini tidak dipengaruhi dan diuruskan kerajaan Persekutuan sebagaimana kaedah terdahulu.
"Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob menafikan kerajaan terima wang ihsan, bukan royalti minyak, itu saya tidak pasti dan kena semak balik. Kerajaan masih guna kaedah lama, tetapi tidak dikuasai atau diuruskan kerajaan Persekutuan dan kita bayar terus kepada kerajaan negeri mengikut kaedah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ahmad Yakob mengatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan ia adalah wang ehsan, bukan wang royalti.
0 Comments