Perdana menteri berkata beliau berpuas hati penjelasan polis terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang dipertikaikan pemimpin DAP Ramasamy.
Ya, keadaan berbeza. Kita bukan nak tangkap orang sewenang-wenangnya. Ini ada sebab, saya ada dapat penjelasan daripada polis tentang sebab-sebab mereka mengambil tindakan dan saya puas hati dengan sebab-sebab itu.
Kalau Ramasamy tak puas hati, tak apalah, dia katalah dia tak puas hati tapi hakikatnya benda ini berlaku, dan ada sebabnya ia berlaku, katanya kepada pemberita.
Beliau diminta mengulas mengenai ketidakpuasan hati Ramasamy, timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, terhadap kenyataannya sebelum ini yang mempertahankan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan perjuangan PH.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Medical Device Conference 2019 (IMDC 2019) dan Malaysia Medical Device Expo 2019 (MyMEDEX2019) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Ramasamy berkata tindakan Mahathir mempertahankan tindakan tersebut sebagai pahit untuk ditelan kerana beliau sendiri pernah mengkritik Sosma yang menahan penyokong tegarnya Khairuddin Abu Hassan dan pegawainya Matthias Chang.
Sosma memboleh suspek ditahan tanpa bicara selama 28 hari.
Setakat ini, 12 Individu ditahan termasuk dua adun DAP, yang masih dalam siasatan pihak polis.
Malaysiakini
0 Comments