"Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin"

"Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama"

"Tiada lagi amaran, individu/pihak bangkit isu rasis, bangsa & agama akan terus ditangkap - Ketua Polis Negara "

"Jangan guna unsur perkauman, sentimen agama semasa berkempen - SPR"

"Pengerusi SPR: Sentimen kaum, agama langgar peraturan pilihan raya"

Baik.

Oleh itu, saya nak tanya Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPR jika kenyataan rasmi orang ini dikira hasutan berunsur isu kaum dan agama dan jika ianya melanggar undang-undang jenayah dan pilihanraya.

Kenyataan rasmi Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di mesyuarat tahunan DAP Johor di Muar pada Ahad 3 November 2019:

Jika MCA menang di PRK Tanjung Piai:

- golongan bukan Melayu dan bukan Islam tidak boleh menjadi Menteri
- Sekolah vernakular akan diharamkan.
-  golongan bukan Islam terutamanya Kristian tidak boleh berhimpun untuk sembahyang
- produk dan perniagaan bukan Islam akan diboikot
-  golongan bukan Melayu dan bukan Islam akan dilabel sebagai babi, pengganas dan komunis.

Kenyataan rasmi Lim Guan Eng,
3 November 2019

Untuk memudahkan kerja KDN, KPN dan SPR untuk tangkap penyangak itu, bukti ada dilaman web rasmi parti DAP:
https://dapmalaysia.org/statements/2019/11/03/29186/

Minta penjelasan Menteri KDN, KPN dan pengerusi SPR.

PS: Mohon jasa baik kawan-kawan untuk kongsi posting ini dan sebarkan pertanyaan seluas-luasnya supaya Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPR boleh nampak kerana media-media tempatan tidak akan berani melaporkan isu ini.

Saya juga "save" page itu dalam archive internet jika DAP padam:
https://web.archive.org/web/20191106130649/https://dapmalaysia.org/statements/2019/11/03/29186/

Najib Razak