Pengerusi MARA Dakwa, Gangguan Politik Punca MARA Digital GAGAL


Lebih tiga tahun lalu, Mara Digital Mall dianggap sebagai pencabar kepada Low Yat Plaza dalam memasarkan telefoN bimbit dan komputer. Bagaimanapun hari ini pusat itu kelihatan sunyi dengan hanya segelintir perniaga menjual produk mereka.

Melihat kepentingan pusat itu, Pengerusi Mara Corp, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi ingin memberi wajah baru, dengan teknologi baru dan kebebasan kepada peniaga menjalankan perniagaan mereka.

Sambil mengakui Mara Digital Mall kelihatan cacat secara konseptual, beliau berkata:
Ia berdasarkan kejadian di Low Yat Plaza dan ini bukanlah alasan yang sihat untuk memulakan perniagaan. Sekarang kita perlu bergerak dengan apa yang kita ada,” kata beliau kepada FMT dalam temu bual baru-baru ini.
Pada 2015, seorang remaja dituduh mencuri telefon pintar RM800 dari salah satu kedai di Plaza Low Yat, mengakibatkan demonstrasi oleh sekumpulan badan bukan kerajaan sehingga berubah menjadi isu perkauman.

Walaupun konsepnya ada kecacatan, Akhramsyah berkata Mara Digital Mall terletak secara strategik, walaupun faktor itu sendiri tidak mencukupi untuk berkembang maju.

Perniagaan di pusat itu hanya boleh memperoleh produk mereka daripada pembekal tunggal, dan peniaga mendakwa keadaan itu menjadikan mereka sukar untuk menurunkan harga dan terus berdaya saing.
Sebenarnya, masalah utama pusat membeli-belah ini adalah terlalu banyak gangguan politik semasa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kata Akhramsyah.
Malah, pengurusan Mara telah melakukan yang terbaik untuk membantu peniaga walaupun ada kekangan disebabkan gangguan politik.
Beliau berkata anak syarikat Mara Corp, Mara Incorporated, kini menguruskan pusat membeli-belah dan sedang melihat cara untuk memulihkannya dan memanfaatkan ruang runcit strategik.
Saya terbuka kepada sebarang cadangan untuk meremajakan pusat membeli-belah ini. Saya ingin melihat teknologi peringkat seterusnya, saya bercakap tentang perlu ada ruang untuk arena realiti “augmented” atau maya. Ini adalah sesuatu yang tidak ada di Low Yat Plaza. Jika kita mahu bercakap tentang Mara Digital Mall yang berbeza berbanding Low Yat Plaza, inilah yang kita harus lakukan, katanya.
Malah beliau juga terbuka untuk studio permainan atau ruang kerja bersama di pusat membeli-belah.

Beliau berkata, kunci untuk kejayaan memulihkan pusat membeli-belah itu adalah dengan memberikan peniaga kebebasan menjalankan perniagaan mereka.
Kebanyakan teknologi adalah dari luar. Berapa banyak yang kita boleh sekat agar peniaga membeli daripada Bumiputera? Mempunyai ruang untuk Melayu atau Bumiputera tidak bermakna mereka tidak boleh bekerja dengan bukan Bumiputera atau orang asing.
Kami hanya menyediakan ruang. Bagaimana mereka mengurus perniagaan mereka, yang mereka boleh kerjasama, terpulang kepada mereka. Apa yang tidak kita mahukan ialah Ali Baba.
Akhramsyah berkata Mara Corp menantikan idea dan tidak berminat untuk menentukan bagaimana orang harus menjalankan perniagaan mereka.

Beliau berkata sementara Mara Digital Mall ditubuhkan sebagai platform untuk usahawan Bumiputera, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh berorientasikan pasaran.

Pada akhirnya, menurut beliau, kejayaan memulihkan Mara Digital Mall tidak boleh diukur dalam bentuk wang dan ringgit.
Bagi saya, kejayaan sebenar adalah mempunyai pelanggan yang pelbagai kaum. Pelanggan yang berbilang kaum, jadi mengecewakan apabila pelanggannya tidak dari semua kaum.

Free Malaysia Today

Post a Comment

0 Comments