Perjanjian Tanah Tentera Melibatkan RM4.88 Bilion! WOW!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat kesemua 16 perjanjian tukaran tanah yang mengakibatkan kerugian bernilai RM515.21 juta kepada Kementerian Pertahanan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya membuat kenyataan tersebut kepada media hari ini bagi memperbetulkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang mengatakan hanya satu kertas siasatan sahaja dibuka bagi isu tersebut.

Saya percaya timbalan menteri Hanipa bercakap tentang banyak kes tukaran tanah. Tetapi kita di SPRM telah menerima 16 laporan. Tetapi harus diingat bahawa senarai perjanjian tukaran tanah yang diberikan mereka merupakan senarai panjang yang mengandungi kes sehingga ada yang sudah berusia 25 tahun.
Jadi kami menghadapi sedikit kesukaran dan memerlukan masa untuk mencari bukti yang sedang dikesan.
Kita bercakap tentang tempoh 25 tahun yang melibatkan menteri yang berbeza-beza dan begitu ramai penjawat awam yang telah bertukar jawatan sepanjang tempoh tersebut.
Ia tidak semudah seperti menghantar laporan audit kerana sesetengah daripada perjanjian ini - perkataan tukaran itu sendiri tidak salah- tetapi kami perlu tahu kenapa perjanjian ini dibuat dalam cara sedemikian, kata Latheefa dalam satu majlis di Kuala Lumpur seperti dilaporkan Malay Mail Online.

Hanipa semalam berkata SPRM membuka satu kertas siasatan daripada 16 laporan berhubung tukaran tanah itu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Noor Amin Ahmad (PH- Kangar) yang bertanyakan hasil siasatan SPRM dan polis terhadap 16 kes tukaran tanah berkenaan, serta sama ada projek itu telah dibatalkan oleh Kementerian Pertahanan ataupun tidak.

Perjanjian tersebut melibatkan 1,186 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion, manakala kos projek adalah RM4.88 bilion.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments