Dalam temubual emel dengan FMT sempena International Day of Zero Tolerance to Female Genital Mutilation (FGM), NGO itu merujuk kepada reiteration kerajaan bahawa mutilasi alat kelamin wanita (FGM), termasuk khatan perempuan, sebahagian budaya Malaysia.
Perkara itu, katanya, dinyatakan dalam laporan semakan hak asasi manusia anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penilaian Berkala Sejagat bagi Malaysia pada 2018.
FGM merupakan prosedur memotong atau menyingkir sebahagian atau semua organ pembiakan luaran perempuan. SIS berkata 2 daripada 4 jenis FGM yang dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diamalkan di Malaysia.
- Jenis 1, katanya, melibatkan penyingkiran sebahagian atau sepenuhnya kelentit atau kulupnya,
- Jenis 4 melibatkan prosedur berbahaya terhadap organ pembiakan perempuan yang bukan bagi tujuan perubatan.
Ini termasuk cucuk, tembus, gores, kikis, dan lecuh.
“FGM dibuat kerana kepercayaan agama dan kewajipan budaya. Islam tidak perkenalkan khatan perempuan sebagai amalan untuk orang Islam, dan khatan perempuan boleh dikesan daripada tradisi sebelum Islam,” katanya.
Katanya, Dar al-Ifta al Misriyyah, antara badan agama yang utama di Mesir, bersama Al-Azhar Al-Sharif, Universiti Al-Azhar, dan Kementerian Wakaf Mesir, mengisytiharkan semua bentuk FGM sebagai dilarang agama pada Mei 2018.
“Itu seterusnya berkata melarang FGM harus menjadi kewajipan agama semua negara Islam kerana kesannya yang memudaratkan pada tubuh,” katanya.
SIS berkata banyak negara majoriti Islam tidak mengamalkan FGM, termasuk Arab Saudi dan Maghribi.
Penghalang kepada pembasmian FGM di sini, katanya, adalah ramai orang Islam percaya khatan perempuan itu “wajib” dan sebahagian daripada budaya.
Apa yang lebih membimbangkan fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2009 menyatakan khatan wanita mandatori. Walaupun fatwa itu tidak diwartakan, hakikatnya secara umum, fatwa ada pengaruh besar ke atas individu dan komuniti dalam membuat keputusan, katanya.
Dari perspektif kesihatan, tiada data saintifik atau bukti perubatan yang mewajarkan keperluan atau manfaat FGM.
FGM bukan seperti khatan lelaki yang ada “manfaat yang jelas dan terbukti”, termasuk kebersihan diri yang lebih baik dan mencegah penyakit kelamin.
“Jika tiada manfaat perubatan, bukan kewajipan agama, atau tiada sebarang manfaat pun dalam menjalankan khatan perempuan, kenapa lakukannya?”
Beliau berkata ada pekeliling Kementerian Kesihatan yang melarang khatan perempuan di semua fasiliti awam.
“Kementerian harus meluaskan larangan itu kepada semua fasiliti kesihatan, swasta dan awam. Kita harus melarang dan menjadikan khatan wanita jenayah bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada mudarat,” kata Azrul.
Khatan tak 'seksa' bayi perempuan - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan
Prosedur ini berbeza sama sekali dengan amalan Female Genital Mutilation (FMG) yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berdasarkan amalan sesetengah negara seperti di benua Afrika membuang bahagian klitoris, labia atau bibir kemaluan.
Oleh kerana khatan yang diamalkan di negara ini bukan FGM, secara keseluruhannya dalam amalan pakar perbidanan dan sakit puan tidak berhadapan dengan wanita mengalami risiko disebabkan FGM.
Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (Perubatan Reproduktif), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Murizah Mohd Zain, berkata tidak timbul isu khatan terhadap bayi perempuan seolah-olah menyeksa seperti didakwa segelintir pihak.
Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (Perubatan Reproduktif), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Murizah Mohd Zai.
Beliau berkata, definisi menyeksa bayi bergantung kepada teknik dan sejauh mana pemotongan dilakukan.
Mengikut amalan biasa, katanya prosedur itu tidak membabitkan pembuangan pada bahagian faraj. Kaedah dilakukan pada tempat betul oleh mereka yang arif.
Bagaimanapun belum ada satu amalan standard khatan di negara ini, sebahagian besar pengamal perubatan menggunakan jarum kecil yang disteril atau nyah kuman sebelum melakukan sedikit goresan pada bahagian berkenaan.
Katanya, masalah utama mengenai sunat budak perempuan adalah teknik dan bahagian mana, saiz torehan atau pemotongan hendak dilakukan.
“Secara analoginya pada budak lelaki, sunat dilakukan dengan membuang kulit pada hujung kemaluan, bagi perempuan pula hujung kulit klitoris atau frenulum.
“Perkara ini memerlukan kesepakatan antara alim ulama dan pakar perubatan bagi menentukannya. Klitoris satu tisu dikaitkan dengan orgasm dalam hubungan seksual.
Dalam pandangan agama, khitan diwajibkan adalah untuk mengawal nafsu syahwat pada wanita, namun jika dilakukan berlebihan boleh mengurangkan kenikmatan ketika melakukan hubungan seksual bersama suami kelak,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Murizah berkata, tidak ada kajian saintifik yang dilakukan buat masa ini untuk membandingkan perbezaan nafsu atau kepuasan seksual antara wanita berkhatan atau tidak berkhatan.
Katanya, tambahan pula untuk melakukan kajian ini sendiri adalah sukar kerana banyak faktor luar selain faktor khatan yang mempengaruhi nafsu dan kepuasan seksual.
“Oleh kerana dari sudut agama dan budaya menerima amalan khatan ini, apa yang lebih perlu adalah memastikan khatan yang dilakukan kekal tidak memudaratkan.
“Sebelum ini, sebahagian besar khatan dilakukan oleh bidan kampung namun pada hari ini dengan kesedaran kesihatan ramai wanita tampil mendapatkan khidmat khatan dari pihak pengamal kesihatan,”
Manfaat khatan (lelaki dan perempuan)
- Kekal kebersihan kemaluan
- Wanita Islam di Amerika turut melakukan khatan, dikenali sebagai hoodektomi.
Komplikasi jangka pendek FGM:
- Pendarahan
- Jangkitan kuman
Komplikasi FGM jangka panjang:
- Kesukaran hubungan seksual
- Komplikasi dalam proses bersalin.
FreeMalaysiaToday, Berita Harian
0 Comments