Kami Syak Mujahid Akan uTurn, Kita Tunggu!


Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) membidas Mujahid Yusof Rawa kerana menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekat Nur Sajat di media sosial, menyifatkan ia menindas.

Mujahid, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam, meminta SKMM berbuat demikian selepas Nur Sajat memuat naik gambar di media sosial memaparkan dia bertelekung semasa mengerjakan umrah di Mekah.

Mujahid mendakwa kandungan itu, yang mengundang kemarahan pengguna media sosial, “menimbulkan ketidakselesaan umat Islam”.

Bagaimanapun penyelaras perundangan LFL, Zaid Malek berkata “ketidakselesaan” yang dirasakan oleh sekumpulan orang bukan alasan yang sah untuk mengehadkan kebebasan bersuara dan berekspresi Nur Sajat. Sebarang tindakan terhadapnya tidak mengikut Perlembagaan, katanya.

Sebagai seorang menteri kerajaan, Mujahid ada kewajipan untuk melindungi hak asasi semua rakyat, tanpa mengira agama atau kepercayaan peribadi mereka.
Dia tidak boleh memenuhi hanya kumpulan atau orang tertentu dalam masyarakat sehingga mengetepikan orang lain, katanya dalam kenyataan, dan menambah Nur Sajat, seperti juga orang lain, berhak dilindungi dan dihormati kerajaan.

Zaid berkata kumpulan lemah seperti golongan transgender perlu perlindungan kerajaan daripada kebencian dan diskriminasi.

Reaksi melulu Mujahid, katanya, hanya memperkasakan kumpulan dan individu yang tidak bertoleransi untuk terus menindas komuniti terpinggir.

Zaid melabel seruan Mujahid kepada SKMM untuk menyekat Nur Sajat daripada memuat naik kandungan di media sosial “layanan tidak sesuai daripada seorang menteri kerajaan terhadap seorang rakyat biasa”.

“Menteri dan pejabatnya tidak patut menekan SKMM, yang seperti mana agensi pengawalseliaan lain, harus dibenarkan bekerja bebas daripada menteri-menteri kerajaan mengikut tatacara operasi standard.”

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith beritahu FMT bahawa SKMM belum membuat keputusan berkenaan perkara itu.

FMT

Post a Comment

0 Comments