Mahfuz Terkejut? Diaorang Ingat Mudah Nak Game Atok Ke? Hahahaha

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, menyatakan rasa terkejut dengan pendedahan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, berhubung PAS dan Najib Razak.

Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia berkata, jika mengikut dakwaan Lokman, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas PAS juga ingin melakukan perkara serupa.

Saya terkejut. Adakah ini pendirian PAS? Adakah benar PAS akan bekerjasama dengan Mahathir jika Umno dan Najib menjadi sebahagian daripada perjanjian itu? kata Mahfuz kepada media semasa ditemui di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah hari ini.

[Baca - Balun Membalun - Kerajaan Baru MahathirZahid]

Semalam Lokmah menyatakan rasa "malu" apabila mendakwa Umno kini dipimpin oleh seorang presiden yang dianggapnya lemah serta tiada jati diri.

Kenyataan itu turut disertakan dengan rakaman audio didakwa suara Ahmad Zahid semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.

Antara lain, Ahmad Zahid didakwa mahu Umno perlu mengikuti tindakan PAS supaya tidak tertinggal di belakang, selain mahu menyelamatkan Umno daripada diharamkan.


Tak tahu duit dari mana

“Bagaimana pula dgn nasib bossku (Najib Razak)? Adakah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah bossku bila kita bersama-sama dengan PAS, atau dalam satu organisasi yang kita boleh membuat keputusan?

“[...] Kalau (Umno) diharamkan ada di kalangan kita mengatakan: Oh, kita ada organisasi lain yang kita boleh bergerak. Oh, kita ada PAS. Ada di kalangan ahli-ahli Parlimen pun kata kita nak masuk PAS. Eh, PAS dah masuk sanalah,” kata petikan audio itu lagi.

Bagaimanapun sesetengah pihak menanggapi perkembangan itu dengan berhati-hati.

Mahfuz berkata jika perjanjian yang disebut Lokman itu memang wujud, ahli PAS akan terperangkap dengan keadaan semasa.

"Bagaimana mereka masih menyokong seseorang yang jelas menggunakan wang negara tetapi kemudian berkata, dia tak tahu dari mana duit itu datang," kata ahli parlimen Pokok Sena itu, merujuk kepada Najib yang kini sedang berdepan puluhan tuduhan jenayah di mahkamah.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments